Wednesday, November 9, 2011

Tarian si Pandir

Berpencak!
Bunga pencak di susun indah,
Langkah wira si Bongkok menjadi azimat,
Megah mendabik dada,
Berjalan keris terselit dipinggang,
Ke mana sahaja dihormati,
Pejuang bangsa di sanjung umat,
Namamu gah dipuja seantero dunia.

Kononnya, kaulah wira sejati,
Sanggup berjuang demi pertiwi,
Tidak takut mati,
Sanggup bergadai untuk maruah,

Katanya, harta benda bukanlah dicari, tidak terdetik sama sekali,
Apa yang penting mempertahankan kota keramat,dari sang penderhaka,
Demi menjaga peninggalan moyang tercinta.

Tapi, hakikatnya,
Kau bukanlah PENDEKAR
Kau bukanlah Perwira,
Kau bukanlah pejuang,
Kau bukanlah Ulama
Kau bukanlah pemimpin untuk bangsa.

Kau tindas anak watanmu dengan kuasa,
Kau bijak menindas dengan kata.
Kesian umatmu menderita,
di tipu dengan perwatakan berbisa,

Setiap hari makanan umatmu adalah fitnah,
Sarapan umatmu dengan dengki,
Makan tengah hari umatmu adalah nista,
Suapan malamnya pula adalah penipuan.

Kini umatmu mulai sedar,
Kau hanya boneka,
Bukanlah Pendekar, tetapi PANDIR KA?
Satu watak yang diwujud untuk bersuka,
Watak bodoh-bodoh alang dahulu kala,
Watak si malang yang dijadikan cerita, olah sangpenglipurlara,

Bodoh!
Kesian pada mereka yang masih percaya,
Yang masih bergantung kepada Pandir ka?
Tetap ampuh bersimpuh, walaupun di cerca, hina,
Semua kata-kata dusta, ditelan menjadi ilmu didada,

Ayuh!
Sedarlah! sebelum tergadai bumi wasiat,
sebelum kulit disiat-siat,
sebelum merempat di bumi keramat...!

Nukilan: KuweHonam