Wednesday, July 6, 2011

Red Warrior Juara Liga Super 2011

                                                            Wira The Red Warrior

Perlawanan semalam di Stadium Likas memang buat Ambo berdebar-debar. Mana tak nya, Ambo risau takut pisang berbuah dua kali. Ambo tak mahu tragedi Piala FA berlaku lagi. Kalau tak mandi Ambo kena kutuk lagi. Hish! Masa mula-mula Mat Yo jaringkan gol pertama separuh masa pertama, Ambo dah berasa lega, tapi lepas tu Ambo tengok permainan Kelantan dah mula down.

Memang Kelantan selalu main macam tu, dah leading, bila ujung-ujung masa dah main safe. Semua pun dah lemau. Tu yang risau. Sabah pulak time tu tengah all out. Bahaya gila! Tapi mujurlah separuh masa pertama tak ada apa-apa yang berlaku.

Masuk separuh masa kedua, Ambo tengok ada perubahan taktik TRW. Time ni Ambo konfiden sikit. Tapi sayang ler, Ramzul dan Izuan semalam tak berapa nak menjadi sangat. Banyak peluang yang dilepaskan. Mungkin mereka kurang pengalaman berbanding Mat Yo. Kalau di depan gol, dua ni memang nampak gelojoh. Tak tenang. Biasalah tu kan. Tapi Ambo percaya, lepas ni jika banyak pendedahan diberikan kepada kedua-dua ni, pasti mereka akan menjadi pemain profesional satu hari nanti. Mereka pun muda lagi. Banyak lagi masa.

Gol kedua TRW memang cantik. Nampak ketenangan masa Mat Yo jaringkan gol. Masa tu Ambo bertempik, sampai terkejut anak Ambo yang duk tido. Tak peduli dah semua tu, janji puas. Masa tu ada ler konfiden sikit. dah 2-0 kan. Saat paling mendebarkan masa, Sabah menjaringkan gol. Masa tu pula Ambo tengok Sabah dan naik sheikh. Alamak, kalau tak disekat, masak ni.

                                                      Mat Yo meraikan jaringan gol kedua

Tapi nasib baik masa tu pemain berpengalaman Mat@Aziz dan masuk. Ambo nampak percaturan Datuk M. Karathu memasukkan Mat memang terbaik. Kemasukan Mat memberi impak besar. Dia banyak menyelamatkan keadaan. Ambo makin berdebar-debar. Tunggu bilala nak habis. Bila nampak tambahan masa 4 minit, makin ler berdebar. Tambahan pula dah tahu skuad penyu dah belasah Felda dengan 6-2. Kalau TRW seri semalam, memang juara liga balik ke Terengganu lagi.

Tapi Alhamdulillah, rezeki memihak kepada TRW. Akhirnya TRW dinobatkan sebagai Juara Liga Super 2011. Syabas!

Kata Ambo:
Kita bawa balik Piala Malaysia sekali lagi tahun ni. Gomo Kelate Gomo...!

Roadblock

Pergh! pagi-pagi lagi Ambo tengok jalan kat Bangi ni jem. Ambo pun pelik sebenarnya bila masa pulak bangi ni jem. Tak penah Ambo tengok bangi jem kecuali hari Jumaat waktu orang pegi dan balik sembahyang. Tapi hari ni baru Khamis. Apa barang jem hari ni. Rupa-rupanya ada roadblock. Ni tak de hal lain la ni. Ni mesti BERSIH punya hal. Alamak!

Ambo baca paper hari ni pun, kata KL semua jem. Member-member Ambo pun banyak yang merungut kata banyak roadblock di KL. Ada juga yang kata sebab perhimpunan haram ni menyusahkan orang ramai. Pelik juga Ambo. Ambo tengok BERSIH tak de masalahpun. Siapa sekarang yang buat masalah! Siapa yang buat jalan jem. Hish! tak faham juga Ambo.

Sekarang ni pula, Yang DiPertuan Agong juga dan bagi greenlite untuk buat perhimpunan kat Stadium, dan BERSIH juga dah stuju hendak melakukan perhimpunan di Stadium, apehal pulak ada roadblock. Kan dulu Perdana Menteri pernah nak kasi Stadium untuk BERSIH berhimpun. Skarang ni pula Polis kata tak nak bagi permit sebab perhimpunan ini haram. Tapi Polis suruh mintak permit. kasi je lah mereka nak berhimpun di stadium. SPR pun dulu kata sedia berundingkan. Tak de masalah pun. Kalau gitukan senang. Bagi Ambo ler, tak yah lah buat roadblock, apa kata polis cuma jaga masa hari perhimpunan, kalau mereka bertindak liar, bantai jer, tak pun tangkap. Tapi kalau mereka berhimpun secara aman, bagi kerjasama.



 Alamak! Uh! makin kusut ni. BERSIH pun tetap tak akan berganjak. 9 Julai akan tetap berjalan. Dah PERKASA pun nak jugak turun berhimpun. PERKASA pun nak stadium juga. Macam-macam hal. Tapi apapun Ambo berharap perhimpunan ni tidak akan membawa BALA di Malaysia...

Kata Ambo:
Turun BERSIH, tapi jangan bagi KOTOR tempat berhimpun plak. Jaga kebersihan Beb!