Wednesday, September 28, 2011

Memori Pejabat Pos!



Pagi tadi, Ambo pergi ke pejabat Pos untuk membayar bil-bil yang sekian lama tertunggak. Tu pun tak bayar habis, bayar yang semasa je. Hahaha... maklum ler gaji kecik, tapi hidup nak mewah. Macam tu lah jadinya. Bukan mewah tara mana pun. Berpada-pada ler. Kadang2 ada jugak miss kan. Bila dah miss tu yang liat nak bayar.

Tapi Ambo bukan nak cerita pasal bil tertunggak, Ambo nak cerita suasana dipejabat Pos. Macam biasalah, pejabat pos di jalan enam, Bandar Baru Bangi memang tak penah sunyi dengan orang ramai. Penuh. Berduyun-duyun. Dan dah masuk waktu tengah hari, macam-macam bau yang keluar. Semuanya menusuk-nusuk hidung. Memang A+++ bau dia. Hahahaha...

Sedang Ambo tunggu giliran, Ambo perhatikanlah seorang pakcik yang umur dia lebih kurang 50 an atau 60 an gitu. Masih tegap dan sihat. Tak tahu kenapa Ambo rasa nak tengok pakcik tu duk sorang-sorang. Ambo pun dengan baik hatinya duduk ler sebelah pakcik tu, dan duduk bersembang dengan dia. Ambo tanya dia, lambat lagi ke nombor pakcik?

"Lambat lagi. Tak pa. Lagi lambat lagi bagus," balas pakcik tu. Ambo pelik dengan jawapan pakcik tu. Kenapa pula. Orang lain semua nak cepat. Kalau boleh masuk je pejabat pos terus nak selesaikan urusan je. Ambo tanya pakcik tu, kenapa dia suka lambat2? Ada cikaro baik ke kat situ?

"Biasalah. Orang dah pencen macam pakcik ni tak yah nak cepat-cepat. Duduk sini, sat lagi ada la tu kawan mai,:" kata pakcik tu sambil tersenyum. Baru je pakcik tu habiskan kata-kata, datang seorang lagi lelaki tua lebih kurang sebaya dengannya. Tapi pakcik ini lagi segak dan hensem.

"Apa habaq Haji? Sihat ka? lama tak jumpa." tegur pakcik yang baru datang itu. Mereka pun bersembang sakan. Sambil menanti nombor giliran, Ambo cur-curi dengar perbualan mereka. Cerita mereka banyak berkisar kepada kawan-kawan lama mereka. Ada yang dah meninggal, dan ada yang sudah pindah. Sedih juga Ambo dengar. Lama tak jumpa, tahu-tahu dah meninggal.

Tidak lama lepas tu datang pulak pakcik lain. Bukan main sakan lagi mereka bersembang. Ambo duk senyum-senyum kambing sebelah tu. Ada topik baik Ambo menyampuk juga. Ambo rasa dalam masa setengah jam Ambo duduk situ, ada 4 orang kawan pakcik tu datang bersembang dengan dia. Bukan main riuh lagi bercerita kisah-kisah orang lama nih. Naik seronok jugak Ambo dengar.

Lepas tu baru Ambo terfikir, kenapa pakcik tu suka duk lama-lama kat situ. Rupanya tunggu kawan. Hurm! Barulah Ambo dapat rasakan, pejabat pos ni bukan sahaja tempat membayar bil dan menghantar surat, tapi ia adalah satu tempat di mana orang tua-tua yang dah pencen bertemu kawan-kawan lama mereka. Ialah mereka sudah tidak bekerja. Jadi banyaklah masa mereka duduk di situ. Sambil menunggu kawan-kawan mereka.

Sebelum Ambo bangun untuk ke kaunter, pakcik itu berkata kepada Ambo," sebab tu pakcik nak duk lama-lama sini. Boleh jumpa kawan. Time awal bulan macam ni memang ramai kawan yang sebaya ngan pakcik mai sini bayaq bil. Ni lah masa nak jumpa kawan-kawan. Tu pun ada dah kawan yang dah meninggal. Biasalah. Orang macam pakcik ni, nak jumpa kawan, kalau tak di pejabat pos, satu lagi di hospital," kata pakcik tu sambil menepuk bahu Ambo.

Kata Ambo:
Kalau pergi pejabar pos dan nampak pakcik-pakcik duk sakan bersembang, buat tak tahu jelah. Itu dah memang satu dari aktiviti mereka. Biarkan mereka bercerita...Peace!

Tuesday, September 27, 2011

Polis Malaysia Berhemah

Kelas kau Jah! Itu je Ambo nak ucapkan kepada abang polis yang melempang seorang tukang sapu setelah ditegur membuang sampah. Alahai... Pasal tegur macam tu pun nak pukul bagai. Bengkeng giler abang polis tu. Ambo tahu ler lu ada kuasa, tetapi jangan ler plak salah menggunakan kuasa. Tugas lu menjaga keselamatan, bukan nak merembat orang suka hati lu jer. Hebat sangat ke lu bro! Opsss!!! sorry Ambo terOVER jap.

Ambo panas dengar cerita polis yang tak sedar diri ni. Ambo tahu ler lu ada kuasa, tapi jangan ler macam tu. Lu salah, lu kena terima, lu jangan ingat apa yang lu buat semuanya betul. Lu jangan ingat orang biasa ni macam anjing lu. Suka hati nak sepak, suka hati nak tampar.

Ambo bukan anti polis. Member Ambo pun ramai polis. Yang Ambo geramkan ialah polis yang tidak sedar diri. Rasa diri mereka hebat bila pakai uniform. Lu pun manusia, ada hati dan perasaan, tak kan tak boleh pikir mana baik dan mana buruk. Tidak semua polis macam tu. Ada juga polis yang baik. Polis yang benar-benar berkhidmat untuk masyarakat. Ambo tak kata semua ek. Jangan ada plak abang polis, anak polis ataupun ahli keluarga polis yang berkecil hati.

Ambo masih ingat lagi masa Ambo belajar di univesriti dulu. Masa tu nak balik raya. Tak tahu nak parking motor kat mana. Kalau parking kat umah sewa kang, takut dirembat pulak. Parking dalam universiti pun tak selamat juga. Last sekali ada member bagi tahu, boleh parking kat balai polis berhampiran dengan universiti. 

Mula-mula Ambo teragak-agak jugak, tapi member bagi tahu, dia pun parking motor kat situ. Jadi Ambo rasa mesti selamat parking kat balai polis. Tak kan penyamun nak mencuri kat balai pulak kan. Ambo pun dengan tiga orang kawan pergilah ke balai polis tu. Sampai dikaunter Ambo pun tanyalah kepada seorang brader polis ni. Ambo cakap kat dia nak tumpang parking  motor kat situ.

Brader tu dengan muka kerek cakap kat Ambo, "Kau ingat aku jaga parking ka?" tengking brader polis tu. Ambo pun hangin ler. Ambo cakap dengan dia, kalau tak boleh sekali pun, tak kan tak boleh cakap elok-elok. Ambo tengok muka brader polis tu dah berubah. Mula nak menyinga. Ambo peduli apa kau nak marah ke apa. 

Lepas tu boss dia keluar. Nampak yang ni muka baik sikit. Dia tanya apa berlaku. Ambo apa lagi terus mengadu. Lepas tu brader polis tu kena marah dengan dia boss dia. Ambo nampak muka brader tu macam tak puas hati. Tapi Ambo biarkan. Boss dia benarkan Ambo parking kat situ.

Seminggu lepas raya, Ambo datang, Ambo tengok lampu belakang motor Ambo pecah. Ebey tepi pun pecah.  Motor pun banyak calar. Ambo dah syak dah, ni mesti kerja malaon tu. Tapi Ambo biarkan dulu.

Allah itu maha kaya, seminggu kemudian Ambo jumpa dengan brader polis tu disebuah kedai makan. Kebetulan brader tu dengan keluarga dia pakai baju biasa. Ambo usha dari jauh. Lepas makan dia blah masuk kereta. Baru dia keluar simpang, Tiba-tiba sebuah lori datang dan langgar sbelah kiri kereta dia. Habis robek kereta proton wira dia. Lori tu pun terbaik. Dia langgar dan terus lari. Polis tu gelabah minta tolong kejar lori tu. Kebetulan dia lari ke arah meja Ambo duduk. Apa lagi,, ni lah masa Ambo nak TIAW polis kerek ni. Dia tak cam Ambo, bila dia nak pinjam motor nak kejar lori tu, Ambo terus cakap, "Motor aku lampu pecah, Ebey pecah, nak kejar tak boleh. Ni kerja polis lahanat,"

Bila dia tengok je Ambo, dia terus blah. Ambo panggil dia, tapi dia buat tak tahu. Buat-buat tak dengar. Tahu ko malu kan. Sebelum ko buat ko tak pikir. Ko jangan ingat ko selamanya hebat dan tidak perlu bantuan orang. Lepas kejadian tu, langsung Ambo tak jumpa dengan brader polis tu lagi. Itulah berhemahnya polis Malaysia... 

Sekadar Hiasan


Kata Ambo:
Bukan semua polis macam tu. Tapi setengah malaun ni je yang hampeh. Sebelum masuk polis semunya baik, dah jadi polis, macam hareeeeeeeeemmmmm... Sory ye abang polis, Ambo mengutuk sikit...!!!

Monday, September 26, 2011

Pas Dicabar Tinggalkan Dap

Kah! Kah! Kah!


Anda semua baca tak Utusan Melayu bertarikh 27 Sept, 2011. Pagi-pagi lagi Utusan dan buat lawak. Kenyataan menteri di dalam tu banyak unsur lawak. Geli hati siol Ambo baca. Di tambah pula dengan kenyataan Zul Nordin. Alamak...! Abang Zul Nordin, udah2 ler bagi komen. Naik menyampah teman dengor. Abang tu dah ler ahli parlimen yang sudah tidak diiktiraf oleh rakyat, nak beruara lagi.

Orang macam abang Zul Nordin ni sepatutnya berasa malu dengan diri sendiri. Kalau abang ni ada maruah, dan betul-betul mahu berjuang, letak ler jawatan di bandar bahru. Kita buat pemilihan baru. Kita tengok orang bandar bahru nak ke idok dengan Zul Nordin.

Satu lagi berita yang menggelikan hati ialah kenyataan seorang menteri. Dia mencabar Pas tinggalkan Dap. Ambo rasa orang macam ni tak boleh buat suami. Bergaduh sikit nak cerai, asal bergaduh je nak cerai. Alamak, patutlah kadar penceraian dinegara ni makin meningkat. Sebab ada orang macam ni ler. Dah pak menteri pun perangai dah huru hara. Hahahaha...

Bergaduh ni benda biasa. Apa masalahnya. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Bergaduh adik beradik macam mana ler sangat. Kita cuba cari jalan penyelesaian, kalau tak ada juga, baru ler kita cari jalan masing-masing. Tak gitu? ini baru je jeling menjeling dah nak cerai. Amboiiii! mentang-mentang ler talak duduk di tangan awak. Cerai je memanjang. Hahahaha... Benkeng sangat Pak menteri ni. Asyik nak mencabar je kan... Udah2 ler tu. Kalau betul ler AWAK pun memperjuangkan Islam, dan awak ada kuasa, awak ler yang jalankan hudud, kenapa duk arah kat orang.

Dan kalau awak tak nak jalankan hudud, baik awak duk diam2. Jangan pertikaikan dan perlecehkan. Berdosa awak tau. Isk2... macam2 ler ragam orang ni kan. Berpolitik tak salah, mungkin cara kita berpolitik itu yang salah. Ambo tak kata kat mana2 parti ni. Pakatan pun banyak salah, kerajaan pun ada juga kesilapan dia. Mungkin semua tu terlepas pandang.

Kata Ambo:
Tidak semua apa yang dilakukan oleh Pakatan adalah baik, dan tidak semua apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah salah....

Siapa Benar!



Kampung Perdamaian Sukhirin, 23 September 2011 – “Filem Bukit Kepung patut diharamkan”, demikian kata Abdullah C.D., Pengasas Rejimen Ke-10.

Pandangan ini dibuat ketika beliau menjawab soalan mengenai laporan akhbar Utusan Melayu menuduh Mat Indera sebagai “pengganas”.

Mat Indera terlibat dalam satu serangan hendap ke atas Balai Polis Bukit Kepung dalam tahun 1950.

Ditanya tentang Mat Sabu yang mencetuskan kontroversi bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan, Pak Abdullah berkata, “Mat Sabu berkata benar. Dia tau sejarah dan dia berani membongkarnya.

“Mat Indra melawan British. Dia benci penjajah, mana boleh jadi pengganas?”

Seterusnya pejuang kemerdekaan ini menceritakan tentang riwayat Mat Indera sebagai guru agama dan ketua kesatuan buruh.

“Dia aktif dalam gerakan buruh dan dalam PKMM. Setelah darurat, dia pimpin pasukan Rejimen Ke-10 bahagian Johor.”

Menyebut tentang Dr. Burhanuddin Al-Helmy pula, beliau telah menyingkap satu lipatan dalam sejarah yang tidak pernah terdapat dalam mana-mana buku teks.

“Setelah penjajah British menolak perlembagaan rakyat dan membentuk Persekutuan Tanah Melayu, saya, Doktor dan Boestamam telah adakan pertemuan sulit di Kuala Lumpur. Kami bincang tentang soal perjuangan kemerdekaan ketika itu. Keputusannya, saya dan Boestamam akan ambil jalan bersenjata, dan Doktor bergerak di luar” .

Pak Abdullah pernah menjadi Setiausaha KMM Cawangan Lambor. Setelah KMM diharamkan Jepun, beliau menyertai PKM dan memimpin pasukan lasykar rakyat di kawasan Lambor dan sekitar Sungai Perak.

Apabila PKMM didirikan pada tahun 1945, beliau terpilih sebagai anggota Jawatankuasa Pusat. Dalam masa sama, beliau memimpin Jabatan Kerja Melayu. Hingga dalam usianya yang sudah lanjut, Abdullah C.D. terus bermustautin bersama-sama dengan rakan seperjuangannya di Kampung Perdamaian Sukhirin di Selatan Thailand.

Siapa Wajib Laksanakan Hudud!



Huh! Panas! Panas! Panas!
Sekarang ini kecoh di dada akhar mengenai isu hudud. Di katakan Pas tidak berani melaksanakan hudud. Sejak dulu lagi ramai yang mengatakan Hudud adalah bahan politik Pas sahaja. Pas sengaja menggunakan isu ini untuk menarik pengundi. Betul ke? Adakah benar Pas bersandiwara. Pelik juga Ambo.

Sebelum itu lebih elok kita kenali dulu apa itu Hudud.
Hukum hudud jika dilihat dari segi bahasa bermaksud Ar 1. (jamak bagi had) batasan atau perĂ‚­aturan; 2. hukum yg telah ditetapkan oleh Allah yg tidak boleh diubah-ubah oleh manusia, spt hukum zina, murtad, dan minum arak.


Lebih senang difaham ialah, hukum hudud ialah satu peraturan ataupun undang-undang yang ditetapkan oleh Allah supaya umat manusia mengikutinya. Dan hukum ini tersebut di dalam al-Quran.Hukuman ini terdiri dari tujuh kesalahan iaitu:

- Zina-
- Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat saksi
- Minum Arak
- Mencuri
- Hirabah ( Perusuh / ganggu keamanan )
- Murtad
- Baghy (Bughah – Pemberontakan)

Pas sejak dahulu lagi memperjuangkan hukum hudud dalam perjuangannya, tetapi ianya dikatakan dihalang oleh kerajaan pusat yang semasa itu dipinpin oleh Tun Dr Mahathir. Yang menjadi kepelikannya ialah, setelah Tun Dr. M berhenti menjadi PM, dia pula menimbulkan isu hudud ini. Isu ini seperti mahu melagakan antara parti di dalam pakatan antara DAP dan PAS.

Senario sekarang mulai berubah, apabila PM sekarang Dato' Seri Najib mula mengakui bahawa Hudud adalah hukum Allah. Dan beliau menghormati, cuma ianya tidak dapat dijalankan dek kerana faktor2 tertentu. Hurm! kalau dulu orang kerajaan mengatakan hudud hanyalah omongan Pas, tetapi kini mereka sudah mengakuinya. Itu tidak mengapa.

Di dada akhar pula sibuk mengatakan Pas tidak berani menjalankan hukum hudud. Itu hanyalah helah sahaja. Yang menjadi peliknya, kenapa mereka yang mengaku bahawa diri mereka ISLAM, tidak mahu menjalankan hukum Allah ini? Tidakkah menolak hukum Allah itu satu dosa. Dan adakah hudud ini hanya wajib dijalankan oleh Pas? Seperti juga sembahyang, adakah sembahyang hanya wajib dilakukan oleh orang Pas?

Di akhbar pula hari-hari cuba melagakan Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Aziz dengan pimpinan Dap Karpal Singh. Kini lembaga tertinggi DAP sudah bersuara, katanya sekiranya Pas berkeras mahu melaksanakan hudud, mereka akan beramai-ramai meletak jawatan. Itu tidak menjadi kehairanan. Sebab mereka itu bukan Islam. Mungkin mereka tidak faham apa itu Islam dan apa itu hukum Hudud. Pas berkawan dengan DAP baru lagi. DAP pun masih belum faham. Pertelagahan ini biasa sahaja.

Tapi yang menjadi lawak yang paling hebat ialah, apabila orang yang mengaku Islam menolak hukum itu dan menyalahkan orang lain kerana tidak melaksanakannya. Masya-Allah!!!

Kata Ambo:
Hukum jangan buat main2 beb! Ambo tak nak bercerita panjang hal ini. Mari kita sama-sama memikirkannya.

Monday, September 12, 2011

Komunis Memaksa British Berunding dengan Tunku

Sering kali nama Martin Luther King Jr. (1929 - 1968) diungkit, malah ayat-ayat dalam ucapan beliau yang bersejarah, "I have a dream" (Aku mempunyai satu impian), berulang-kali dipetik ketika memerangi politik perkauman sempit yang masih berleluasa dalam masyarakat pada kurun ke-21 ini.  Nama beliau terpahat sebagai ikon dalam sejarah ketamadunan manusia menuntut kesamarataan antara kaum.

Sebaliknya, Malcom X (1925 - 1965), seorang lagi aktivis perjuangan hak kaum kulit hitam yang sezaman dengan Martin Luther King Jr., semakin terpadam dari sejarah.  Malcom X adalah nama yang digelar dirinya oleh El-Hajj Malik El-Shabazz, seorang muslim - untuk menonjolkan bagaimana orang putih menghamba-abdikan kaum kulit hitam ketika itu, sehingga hilang nama keturunannya, diganti dengan "X" - simbol pembolehubah yang paling biasa digunakan dalam matematik.

Kedua-dua orang Martin Luther King Jr. dan Malcom X mengalami nasib yang sama, menerima peluru sebagai tanda noktah kepada riwayat hidup mereka.  Bagaimanapun, "nasib" mereka selepas meninggal dunia - jauh berbeza.  Martin Luther King Jr. diberi reputasi yang lebih tinggi dalam sejarah, berbanding dengan Malcom X.  Layanan ini mungkin dibezakan mengikut pendekatan perjuangan kedua-dua mereka, di mana Martin Luther  King Jr. menggunakan "cara aman", sementara Malcom X mengangguk kepada keganasan.

Sejarah bukan hakim muktamad, kerana manusia yang mencatat sejarah tidak bebas daripada prasangka dan prejudis dirinya.  Sejarah hanya merakamkan kesudahan yang terpampang di depan mata, jarang sekali mengupas secara mendalam kebenaran yang rumit, berlapik-lapik, malah berliku-liku, apatah lagi apabila sejarah ditulis oleh mereka yang menang dan berkuasa.

Hanya mereka yang naif akan percaya bahawa orang putih "insaf" secara tiba-tiba, dan kemudian mengaku salah ke atas segala diskriminasi dan kezalimannya terhadap kaum kulit hitam.  Dalam mana-mana pergelutan dan pergolakan yang melibatkan kuasa, sebarang kompromi hanya datang apabila wujudnya penentangan dan tekanan.  Berdepan dengan penentangan dari kaum kulit hitam, orang putih Amerika Syarikat terpaksa memilih, antara pendekatan Martin Luther King Jr. dengan Malcom X..., dan sudah tentunya, mereka memilih Martin Luther, King Jr. yang lebih "lembut" berbanding dengan Malcom X yang "ganas".

Namun demikian, apakah orang putih akan berganjak langkah untuk memberi laluan kepada Martin Luther, King Jr. tanpa kemunculan Malcom X?  Atau, seandainya Malcom X memilih pendekatan yang sama sebagaimana yang digunakan Martin Luther King Jr., di mana agaknya kedudukan tangga reputasinya dalam sejarah?  Atau soalan yang lebih relevan mungkin berbunyi, apakah kaum kulit hitam akan berjaya dalam perjuangan hak mereka, atau dipecah-belahkan ketika itu?

Bukan maksud dan niat saya untuk mendukung politik dendam dan merestui pendekatan keganasan.  Maksud saya, setiap manusia memainkan peranan yang berbeza untuk menggerakkan kemajuan sejarah ketamadunan.  Sesungguhnya perwatakan atau peranan seseorang itu mungkin dipertikai seandainya dilihat menggunakan kaca mata zaman ini, namun kita perlu merenungi, apakah pilihan yang ada dalam konteks masyarakat ketika itu?

Persoalan yang sama, seandainya tiada perang gerila dalam hutan yang melibatkan Parti Komunis Malaya (PKM), apakah penjajah British sanggup berunding di atas meja bersama wakil UMNO, dan bersetuju untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Malaya pada 31 Ogos 1957?  Antara pasukan Chin Peng, Abdullah CD dan Rashid Maidin yang bersenjata, dengan perikatan antara Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan V.T. Sambanthan yang bermuka senyum, gandingan manakah yang akan dipilih oleh penjajah untuk "berunding"?

Sesungguhnya ia sesuatu yang senang difahami.  Meskipun perjanjian ditandatangani dengan dakwat, namun kemerdekaan diperjuangkan dengan titisan darah.  Begitu juga keadaannya sekarang, kalau tandatangan pada memorandum boleh membawa perubahan, siapa pula yang sanggup ditembak meriam air berkimia di jalan raya?  Sebaliknya, tanpa mereka yang turun untuk melaungkan slogan dalam kepulan gas pemedih mata, tuntutan dalam memorandum hanya akan kekal sebagai dokumen bersejarah yang berdebu.

Perlu difahamkan bahawa dalam zaman perang, sama ada saya menembak, atau saya ditembak; sama ada saya membunuh, atau saya dibunuh.  Kita tidak semestinya menyetujui kesemua ideologi yang didukung oleh mereka yang meletakkan nyawa mereka di hujung senapang.  Namun kita perlu bersetuju bahawa kemerdekaan itu juga diperjuangkan dengan titisan darah anggota PKM, yang akhirnya memaksa penjajah British untuk berunding dengan Tunku Abdul Rahman.

Masing-masing memainkan peranan mereka dalam sejarah perjuangan kemerdekaan.  Sumbangan Tunku dan perikatannya dipahat dalam sejarah, sementara tiada tempat untuk nama PKM dan rejimennya.  Untuk sekian lama titisan peluh, air mata, dan darah mereka dilenyapkan; untuk sekian lama perjuangan mereka dinafikan, dicemuh dan dicaci dengan pelbagai tuduhan liar.

Namun, ingatlah bahawa mereka benar layak untuk mendabik dada dan menyanyikan "Negaraku, tanah tumpahnya darahku...".  Jika tidak mengiktiraf pun, siapakah pula kita untuk memahat label "pengkhianat" ke atas anggota PKM yang pernah mendabik dada sebagai perisai untuk menghalang kemaraan peluru penjajah?

Dan yang paling jelik, orang yang isterinya memiliki cincin bernilai RM24 juta, tanpa segan silu sanggup berbuat demikian.

dipetik dari: http://merdekareview.com/

Sunday, September 11, 2011

Tok Him berONG-ONG lagi!

Hurm! Hari ni dah masuk raya ke 13. Walaupun masih lagi di bulan kemaafan ini, tapi Ambo tetap juga nak hentam Tok Him. Tok Him ni makin lama makin menjadi-jadi ler dia punya stetment. Makin lama makin lawak pulak Ambo tengok apabila dia bersuara. Sudah-sudahler Tok Him, awak tak layak nak bersuara sebenarnya. Orang dah tau sapa Tok Him sebenarnya.

Tok Him menang atas tiket PAS. Dah menang nak kerek plak. Sesuka hati jer menghentam orang. Dah hebat sangat ke Tok Him. Kalau orang kata Tok Him macam melepaskan ANJING yang tersepit kang marah plak. Kalau kata seperti kacang lupakan kulit kang melenting plak. Tapi kalau Tok Him benar-benar hebat dan diterima rakyat, LETAK JAWATAN di PARLIMEN PASIR MAS. kita buat pilihanraya baru. kita tengok Tok Him menang sebab populariti Tok Him ker, atau tiker PAS.

Orang dah meluat dengan Tok Him. 9 Julai dulu, Tok Him bercakap bergegar-gegar, tapi habuk pun tarak. Baik geng Khairy pulak. Dia cakap dia buat. Tok Him cakap bukan main hebat, tapi teloq tadak. Apa barang Tok Him.



La ni Tok Him duk hentam Musrsyidul Am PAS pulak. Sudah2 ler Tok Him, jangan ler menambahkan lagi menyampah orang pada Tok Him. Berpolitik biarler bijak. Jangan duk main hentam Sabrono jer. Sedarler diri tu menang sebab siapa... AMBO CABAR TOK HIM LETAK JAWATAN...

Kata Ambo:
Ingat lagi masa Tok Him jadi sampah satu ketika dulu. Masa tu Umno pun benci kat Tok Him. Kesian Ambo tengok Tok Him. Bertempek dengan PAS, mintak simpati. Masa muktamar pun, tersengeh-sengeh duk kat bawah. Orang kat atas duk sinidir pun tersengeh-sengeh macam orang bodoh. Tapi bila orang dah bagi kepercayaan, Tok Him bukan main berterima kasih lagi dengan Tok Guru. Bila dah memang, seminggu je tahan, lepas tu lupa diri. Apa daaaaa... Tok Him masih ingat lagi tak cerita ini?

Selamat Hari Raya


Alamak...Lupa la nak ucap selamat hari raya. Maklumkler sibuk dengan kerja. Balik raya pun tergesa-gesa. Satu barang pun tak beli untuk orang-orang Kampung. Semuanya beli kat Kelantan je. Tak sempat nak beli kat KL. Tak de brand KL ler tahun ni. Hahahaha...

Tapi apa-apapun, dikesempatan ini, Ambo menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa, dan juga menyakiti hati sesiapa sahaja. Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan Batin.