Sunday, August 21, 2011

Mencari Mood Raya

Pejam celik pejam celik, hari ni dah masuk hari ke 22 puasa di bulan Ramadhan tahun 2011 ni. Alhamdulillah, setakat ini aku berjaya harungi dengan sempurna dan sekadar yang aku termampu. Soal semua itu diterima oleh Allah atau tidak, kita kena Istiqomah ler. Kena berdoa moga-moga apa yang kita lakukan diberkati serta diterima oleh Allah sw.t.

Dah tak berapa hari lagi umat Islam seluruh dunia nak sambut raya. Ambo tengok pun wall FB member-member bukan main seronok lagi nak sambut raya ni. Ada yang dah shopping. Ada yang belum shopping. Ada yang dah buat kuih. Macam-macam ler. Seronok betulkan bila nak raya ni. hurm!

Tapi entahlah kenapa Ambo tahun ni tak berapa nak pikirkan hal raya. Nak kata deadline, dah abis, tapi tak tahu ler kenapa. Rasa macam tak de mood je nak raya. Ambo pun pelik. Biasanya tahun-tahun lepas, dah masuk seminggu terakhir kerja ni, dan terdengar pula lagu-lagu raya yang didendangkan oleh kengkawan, sudah tentu jiwa melonjak-lonjak nak balik kampung. Tapi entah kenapa tahun ni rasa biasa jer. Teruja nak balik kampung pun tak de. Teruja nak raya pun belum rasa ni. Nak kata tak puasa, penuh lagi stakat ni. Pelik!

Sepatutnya tahun ni ler yang paling seronok, sebab dah ada orang ketiga, Muhammad Qayyum Darwish. Tahun ni boleh le jenjalan bawak dia pungut duit raya. Hahahaha... tapi semua itu tak rasa lagi. Paling sedih, baju raya anak Ambo pun, Ambo belum beli. Aduh. Bini Ambo nampak cam sama gak. Tak de nak mengajak pergi Shopping ke apa ke. Dia pun macam biasa jer. Aduh! Kesian juga. Nak kata tak ada duit langsung tu tipu ler, ada ler stakat nak beli baju sehelai dua tu. Tapi dia pun macam tak nak jer. Hish!

Pelik! Bila cakap bab balik kampung pun, dia cam biasa jer. Tak de nak bersungguh sangat. Tapi anak aku, bila dengar je lagu balik kampung nyanyian Sudirman, bukan main seronok dia melompat-lompat. Masalahnya dia faham ke lagu tu. Baru 7 bulan beb. Tapi setiap kali dengar lagu tu, dia gelak dan melompat-lompat. Aduyai! mungkin sebab muzik dia seikit rancak kot. Tak tahu ler.

Tapi walaubagaimanapun, raya tetap kena pulang ke negeri kelahiran Ambo. Giler nak raya sini. Tapi satu lagi azab nak tempuh jem, raya ni. Ambo kalau jadi sama ada 26 malam atau 27hb pagi akan mencemar duli berangkat pulang ke Kota Bharu. Dalam kepala sudah terbayang hidangan JEM yang bakal Ambo tempuh. Pergh! Ngeri gila rasanya. Ambo masih ingat lagi jem raya 2 tahun lepas, memang giler punya jem. 16 jem beb duk atas jalan raya. Naik kematu rasanya bontot. Hahaha... tekanan! tekanan!

Tapi  raya tahun lepas ambo selamat, sebab Ambo ambik cuti awal. Sebelum orang lain cuti, ambo dah blah awal2. Tapi tahun ni tak leh buat macam tu, sebab bini ambo last keje 26hb. Dan kebetulan member Ambo yang nak tumpang pun last 26hb. Pergh! waktu pack tu. Hari semua nak berangkat balik. Aduh! Ambo duk pikir jalan mana nak pintas ni. Samada ikut Cameron, ikut lipis, ikut temerloh, ikut Jabor, atau ikut Kuala Terengganu. Alamakkkkk!!!

Mintak-mintak ler tahun ni Ambo dapat hadapi JEM dengan tenang. Tak nak tekanan. No! no! no!


Argh! Tak sanggup redah JEM sebegini

Kata Ambo:
Kalau Jem ni seronok macam main funfair kan seronok. Apa2pun Ambo masih lagi mencari mood raya ni. Tapi tak dengar lagu raya pun, duk layan lagu KUMPULAN D'RIYADH ni. Boleh le layan. Not bad...

Sunday, August 14, 2011

PERKASA ganti PERKOSA

Pagi2 lagi Tok Him buat Ambo gelak besar. NOK SUKO dengar stetment Tok Him. Dia telah mengisytiharkan PERKASA menggantikan tugas PAS untuk menjalankan perjuangan mendaulatkan negara Islam. Hahaha... Tok Him ni pandai buat lawak. Ambo rasa kalau Tok Him masuk maharajalawak, Tok Him menang tempat pertama. Tok Him duk kata PAS tidak berpijak dibumi yang nyata dan dayus dalam memperjuangkan perjuangan di Malaysia.

Kononnya pula, PERKASA adalah satu badan yang membela nasib orang Melayu dan agama Islam. Poooodaahhh! Bleh blah ler Tok Him dengan PERKASA. Kalau Tok Him nak perjuangkan Islam menggantikan  PAS, bleh tak Tok Him hapuskan dulu JUDI di Malaysia. Syarikat Genting, Tok Him kecilkan saham dia. Semua kedai TOTO, Tok Him limitkan disetiap negeri? Ada Tok Him berani?

Kalau tu susah sangat, apa kata Ambo bagi tugas yang senang sikit, iaitu, minta isteri TOK JIB pakai tudung. Dan minta Kerajaan Haramkan semua bentuk hiburan yang melalaikan. Ada Tok Him brani ka?

Paling tidak satu lagi pun, kalau Tok Him nak perjuangkan Islam juga, minta Tok Him kurangkan menipu. Jangan duk propa je Tok Him. Ambo bukan apa Tok Him, kalau Tok Him nak tipu orang luar tak pa Tok Him, tapi Ambo tak yah ler Tok Him nak kencing. Ambo kenal Tok Him. Rumah kita pun bukan jauh Tok Him. Jadi bahan lawak ler bila Tok Him kata nak perjuangkan Islam. Tok Him kena selam diri Tok Him dulu.

Layakkah KATOK GOMOK mahu membawa pasukkan KATOK GOMOKNYA memperjuangkan Islam. Cukup ker ilmu di dada. Nantikan sebab otak tin kosong, jatuh pulak maruah Islam apabila melihat pejuangnya cetek ilmu agama. Niat utama Tok Him tidak lebih untuk berpolitik, bukan perjuangan. Betul tak Tok Him.

Ambo pernah dengar satu cerita, seorang wanita bukan Islam sangat berminat untuk memeluk agama Islam. Tapi disebabkan dia bertemu dengan seorang pejuang yang mahu menegakkan Islam tetapi Tin Kosong, akhirnya wanita itu nampak banyak kelemahan dalam Islam. Dia merasakan Islam agama yang tidak lengkap, dan selepas itu wanita itu bukan masuk Islam malah terus melabelkan Islam sebagai agama yang kolot.

Ambo rasa kalau PERKASA ler nak perjuangkan Islam, lagi haru imej Islam di mata orang bukan Islam. Tengok pemimpin utama dia sudah ler. Kita sendiri leh tengok macam mana kepala keretapi yang mahu membawa gerabak ke destinas.

Kalau kepala keretapi dah nampak macam muka ONG KEDEK-KEDEK, baik tak payah ikut. Sebab orang macam ni tak ada pendirian tetap. Pantang nampak lalat, melompat saja kerja dia. Tok Him tak payah nak PERKASA sangat ler, baik Tok Him buat kerja lama sebagai kontraktor, tak de orang marah kat Tok Him... Udah2 ler angan2 PERKASA nak ganti PAS. PERKASA tidak layak bersuara disebabkan terbukti KEBACULAN nya pada 9 Julai yang lalu... Malu der! Tak de teloqqqqqqqq!

Kata Ambo:
Malu ler pada diri sendiri. Kalau HATI PERUT DOK KEJAK, jangan ler duk canang merata-merata yang awak tu pendekar... Buek malu yo...

Akulah Raja Katak! Aku Happy! Aku Happy!

Friday, August 12, 2011

Takkan KATAK hilang didunia!

(Dipetik dari Malaysiakini)
Ahli parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali tidak risau dengan hasil satu kajiselidik yang menunjukkan beliau mungkin kehilangan kerusi Pasir Mas di Kelantan ekoran perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

NONEDalam reaksinya, presiden PERKASA itu yang membatalkan rancangan perhimpunan anti-BERSIH pada saat-saat akhir, memberitahu penyelidik tersebut "boleh jalan lah".

"Siapa dia, yang tahu saya kalah... boleh jalanlah," katanya dalam teks mesej kepada Malaysiakini semalam.

Ibrahim (kiri) diminta mengulas dakwaan pensyarah Universiti Monash, Wong Chin Huat bahawa beliau mungkin gagal mempertahankan kerusi Pasir Mas untuk kali keempat, selepas perhimpunan BERSIH 2.0 lalu, kerana mendakwa pengundi beralih kepada Pakatan Rakyat.

Berdasarkan kepada data demografi dan pilihan raya, Wong berhujah Pakatan berpeluang memenangi 100 kerusi di peringkat pusat dalam pilihan raya umum akan datang, dengan BN kehilangan 20 hingga 30 kerusi yang dimenanginya dengan majoriti tipis pada 2008.
Aku dah kata Tok Him kau mesti kena. Tok Him tak yah ler nak tunjuk lagak. PRU akan datang nama Tok Him akan lenyap secara hina dalam politik di Malaysia. Tak percaya tunggu dan lihat.
PRU sebelum ini pun Tok Him menang atas tiket PAS. Kalau atas tiket bebas, TOBAT Tok Him tak menang. Orang Pasir Mas lama dah tak nak kat Tok Him. Tapi orang PAS je kesian kat Tok Him bagi ler peluang. Tapi kalau dah nama crazy frog tu macam tu ler jugak. Melompat je kerja.

Siapa kata saya akan kalah! Pergi mamposlah!

Kalau Tok Him kata, rakyat Pasir Mas suka kat Tok Him, cuba Tok Him ingat, sebelum Tok Him menang atas tiket PAS, Tok Him pernah bertanding atas tiket bebas, lambang payung warna merah putih. Ambo ingat lagi. Kalau rakyat suka kat Tok Him, dah sah-sah Tok Him menang masa bawa logo payung tu kan? Tapi... adakah Tok Him memang?
Tok Him tak payah ler nak belagak Tok Him. Orang Pasir Mas dari dulu lagi tak suka ngan Tok Him. Tak payah nak poyo sangat ler.
Kata Ambo:
Kalau PRU akan datang Tok Him bertanding lagi, alamatnya, masuk wad lagi ler Tok Him. Tapi ingat Tok Him, sejarah bagi duit ditepi jalan jangan berulang lagi yer! peace!

Tuesday, August 9, 2011

Putus Jari Lagi!

Aduh! Ada lagi yang putus jari angkara mercun. Dan kebanyakkannya dari Kelantan. Alamak! banyakler lepas ni orang Kelantan yang kudung. Isk2! Kesian bebudak ni. Dalam keseronokan hendak menyambut raya, tangan dan jari pulak yang hilang. Macam mana nak berjalan kutip duit raya kalau jari dah tak ada. Jatuh la saham!

Tapi benda ni jadi trend sejak Ambo sekolah dulu2 lagi. Bulan puasa je, mesti ada yang putus jari. Dua negeri yang paling popular pasal kes2 putus jari ni, Kelantan dan Kedah. Tiap2 tahun pasti ada kes kat negeri2 ni. Aduyai... abis tu takkan nak biarkan. Kang nanti generasi muda dari Kelantan dan Kedah semuanya kudung2... cuba bayangkan... tidak mustahil perkara ini berlaku kalau tiap2 tahun 4 tau 5 orang yang putus jari.

Bebudak ni seronok main mercun. Macam kita budak2 dulu ler. Kata mereka, raya tak seronok kalau x ada mercun dan bunga api. Tapi mereka ni tak beringat. Tahun ni main mercun x kena, tapi malang tu x berbau, mana la tau tahun2 depan jari kita plak yang putus. Sebab tu orang2 tua melarang mercun. Biarlah kawan-kawan nak kutuk kata penakut ke, apa ke, baik tak yah. Sayangkan jari dulu. Kang lepas ni nak kerja pun susah. Kang dah hilang nikmat yang Allah berikan kepada kita. Hish!

Kesian adik ni!


Di dua negeri ni, kita nak halang susah. Sebab mercun memang senang masuk. Kastam pun x leh nak halang benda ni. Dan Ambo rasa perkara ini akan berterusan sampai bila2. sama juga dengan aktiviti penyeludupan. Kita rasa, kita boleh halang aktiviti ini dengan meletakkan pegawai2 PGA di tiap-tiap laluan masuk ke Malaysia, tapi semua itu x dapat menghalang aktiviti ini. Sebab faktor utama ialah ikatan kekeluargaan.

Sudah tentu rakyat Kelantan ada talian keluarga dengan orang Siam. Jadi, mereka ni lah yang akan bertukar-tukar barang. Masa nilah orang malaysia nak buat duit dengan membeli mercun dari sana. Nak cari duit lebih katanya untuk raya. Tapi mereka tak sedar, perbuatan mereka membuatkan anak-anak negeri mereka menerima kecelakaan.

Tapi apa-apa pun mak dan ayah kena pantau pergerakan anak-anak musim2 begini. Jangan sampai dah hilang jari baru nak menyesal. Jangan sampai satu hari nanti, Kelantan dan Kedah menjadi darul Kudung!

Kata Ambo:
Ambo takut nak main mercun. Tapi kalau nak suruh baling BOM Ambo sedia sahut cabaran itu.

Geng Katak!



Kami sedia jadi saksi! Kata wakil rakyat SAMPAH yang melompat parti. Muka Ezam, Gobala, Zul Nordin, Anuar Shaari, dan Rahimi jadi cover depan Utusan Melayu pada 9 Ogos 2011. Sekor lagi, Zahrain tak de plak dalam gambar ye. hahahaha... Tapi Hebat! Syabas! sebab mereka ini berani menyatakan kebenaran. Sebab itulah mereka berani menjadi saksi dan juga memberikan maklumat sekirnya mereka dipanggil. Bersungguh-sungguh mereka ni nak marah ke DSAI.

Kononnya mereka tidak mahu negara ini hancur dibawah pemimpin yang mempunya akhlak buruk. Sebab itulah mereka ini akan perjuang habis-habisan untuk memalukan DSAI. Mereka akan gunakan apa sahaja yang mereka tahu tentang DSAI untuk menghentam balik DSAI. Apa-apa isu mengenai DSAI, mereka nilah yang akan tampil dahulu. Wartawan utusan plak bukan main seronok. Katanya depa nilah boleh digunakan untuk mengenakan DSAI. Sebab itulah wartawan utusan kalau isu DSAI je mesti interviu wakil rakyat SAMPAH ni.

Mungkin wartawan itu tidak sedar, sebab mungkin fikiran wartawan tu pun sama SAMPAH dengan dia orang ni. Kenyataan Sampah-sampah ini yang sering keluar di dada akhbar menimbulkan kemarahan dan juga rasa tercabar orang-orang UMNO. Mereka rasakan diri mereka seolah-olah tidak layak bercakap. Dalam isu itu, mereka dipinggirkan. HAHAHAHA... Wartawan tu tak sedar kot. Sebab bodoh macam dia orang jugak, tapi dalam diam, ada suara-suara yang tidak puas hati dengan depa tu semua. Tu semua bagi kredit kat Pakatan Rakyat,.

Kepada Sampah-sampah ini, Ambo nak cakap, lakukan apa sahaja selagi anda semua termampu. Malukan dan aibkan lagi DSAI selagi dendam masih lagi berapi. Tangkaplah DSAI selagi masih berkuasa. Dengan cara itu sikit pun tidak menjejaskan perjuangan dan sokongan rakyat kepada Pakatan, malah, rakyat makin menyampah dengan kerajaan. Isu rakyat diabaikan, Isu musuh politik dibesar-besarkan...!

Kata Ambo:
Ambo tak tunggu BERSIH 3.0... tapi sedang tunggu BERSIH 4.0 atau 5.0... sebab Ambo menjangka PRU kali ini adalah paling KOTOR sekali akan berlaku dan Pakatan Rakyat akan kalah teruk disemua kerusi termasuk KELANTAN. Jika ramalan ini benar-benar berlaku, lihatlah kebangkitan rakyat selepas itu...!!!

Alamakkk Eiiii Malunya Akuuuuuuu!!!


Pagi-pagi lagi dah buat Ambo gelak. Kadang2 paper Utusan ni terbaik jugak yer buat lawak. Lawak ni memang tak bleh blah. Memang pecah perut baca lawak ni. Nak tahu apa yang lawaknya? Yang lawaknya ialah geng PERKASA muncul kembali setelah dilanda GARUDA 9 Julai lalu. Hidup lagi rupanya dia orang ni. Alamak. Sebelum ni apa yang Ambo tahu Tok Him je sempat diselamatkan sebab GARUDA kata dia tak makan KATAK. Sebab tu Tok Him selamat. Hahahaha...

Semalam geng PERKASA timbul kembali apabila mereka melakukan laporan Polis mendesak supaya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penganjur majlis di Gereja Methodist, Damansara Utama. Katanya ramai geng2 PERKASA yang berhimpun dan juga mengiringi Yang dipertua PERKASA negeri, untuk menyatakan perasaan mereka tentang ketidakpuasan hati mereka terhadap isu ini. Lama juga menyepi ni. Sampai TEMAN rindu nak dengar berita PERKASA ni. setelah 9 Julai terkubur, baru 9 Ogos khabar PERKASA kembali Teman dengar. Hahahaha...

Udah2 ler PERKASA oi... tak payah lah nak jadi juara sangat. Orang kenal kamu. Cakap berdegar2 tapi habuk pun tarak. Ni perangai Pure Jaguh Kampung. Dalam kampung dialah hebat, keluar je ke pekan atau bandar terus tak angkat muka. Wahai PERKASA, rakyat dah muak dengan sandiwara kamu. Jangan cepat melatah kalau tak tahu pucuk pangkalnya. Sudah2 lah tu PERKASA oi...

Kalau nak perjuangkan jugak... tolong minta PRESIDEN hangpa tu letak jawatan dulu di PARLIMEN PASIR MAS. Lepas tu buat pilihanraya, tengok orang Pasir Mas nak ke idok dengan Tok Him. Ruyup Tok Him pasni... tengok ler... Tak payah ler nak cerita pejuangankan MELAYU... kalau betul2 nak bela nasib orang MELAYU, kenapa tak suara soal barang naik? Taraf hidup orang Melayu yang miskin? Kenapa tak nak cerita Melayu dah mula terpinggir? Kenapa tak nak kecoh pasal Orang Melayu Pantai Dalam sudah merempat dikampung sendiri? Kenapa?

 Ambo nampak PERKASA bukan ler nak pejuang MELAYU sangat... mereka ni lebih nak jadi geng UMNO... Nak cari publisiti murahan, dan ada kepentingan tersendiri. Dan yang paling utama, Ambo rasa Tok Him nak melompat lagi ke BN... UMNO pun x nak Tok Him... tengok ler...

Buat pejuang PERKASA, bercakap benar. Berlaku adil. Kalau nak pejuang MELAYU, tengok isu yang betul2 boleh smash baru ler pejuangkan... jangan sibuk diluar kulit je, tapi dalaman ada kepentingan. Isu membabutkan gereja ni masih dalam siasatan JAIS... tunggu selesai, kita pejuang sama-sama. Jangan risau. Tapi nak tanya PERKASA, Ramai MELAYU murtad sekarang ni, tak nak cakap apa2 ke?



Kata Ambo:
Lompat hai Tok Him Lompat... Lompat la tinggi2... cepat la Tok Him cepat, Cepat la kambus diri...

Monday, August 8, 2011

Mana Bonus Raya Boss!

Huarghhhhhh! Ngantuk gila hari ni. Semalam tidur lewat melayan putera sulungku. Pergh! Bukan main susah lagi dia nak tidur. Bergolek sana, menukang sini, ketuk sana, gigit sini. Tu pun tak nak tidur2 juga. Letih! tapi nak buat macam manakan. Budak2 memang le kena layan. Agaknya kita dulu macam mana kan? mesti lagi teruk dari tu. Tapi mak kita tak ada merungut pulak. Hahahaha...

My Hero


Masuk opis pagi ni mata kuyu je. Rasa sayang sangat nak buka mata luas-luas. Kalau ada port menarik, mahu je rasanya meLANDINGkan diri. Capai sahaja paper, terus baca tajuk utama. Kakitangan kerajaan dapat bonus. Dan2 tu juga mata terus terbuka luas. Hampeh! Dapat bonus la pulak pekerja kerajaan. Opis aku ni bila pulak nak bagi bonus. Opis sebelah pun dapat stengah bulan. Opis aku... hadoooo...

Alo boss, bagi la cikit bosss... cikit pun tak pe la. Janji boleh lepas minyak kreta balik kampang sudah. Aduh! Tapi Ambo dapat membaca satu tersirat apabila membaca surat khabar pagi ini. Apabila kerajaan sudah memberi bonus kepada kakitangan  mereka, ini adalah satu petanda. Petanda, mungkin pilihanraya akan diadakan tahun ini. Tak percaya. Nanti kita lihat.

Biasala beb, kena bodek orang bawah dulu. Bagi bonus. Sebelum ni ada ke kakitangan kerajaan dapat bonus raya? Ada ke? Ada ke? Ni cara nak senangkan hati orang yang kerja gomen. Ko ingat dengan bodek macam ni pangkah mereka akan bertukar? Hahaha... wait and see.

Tapi apa pun untung ler orang kerja gomen sekurang-kurangnya dapat juga bonus. Hish! Nak dengki tak baik bulan-bulan posa ni. Sabau je lah... Bossssssss bagi ler bonus rayaaaaaaa!!!

Kata Ambo:
Bagi la boss bonus raya. Tak leh bagi setengah bulan, bagi sbulan stengah pun tak pe... Ambo terima jeerrr...

Sunday, August 7, 2011

Timbalan Menteri yang INDAH!

Lawak, lucu, serta nampak nampak kebodohan seorang menteri apabila berhujah. Dah nama menteri tapi tetap nampak tidak cerdik. Sepatutnya mereka inilah lebih cerdik dari rakyat, tetapi mereka sebenarnya lagi BODOH dari rakyat. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini sudah lama tidak berkokok.

Kalau dahulu, semasa konsep ISLAM HADHARI dilaungka, dialah pendokong utama, serta perjuang utama yang mahu memperkasakan Islam. Tapi sekarang mana Islam Hadhari? Setelah naiknya 1 Malaysia, Tim. Menteri ini sudah lama tidak bersuara. Mungkin konsep ini tidak bersesuaian dengan jiwanya.

Jika dahulu, Tim. Menteri ini popular dan menjadi pujaan ramai semasa kemunculan pertamanya di dalam Forum Perdana Ehwal Islam. Ramai yang mengagumi beliau serta menjadikan beliau ikon. Tetapi apabila kemewahan mula menguasai nafsu, Tim. Menteri ini mula terjerumus dalam bidang politik.

Tidak salah, cuma biarlah betul cara jalannya. Beliau yang dilihat sebagai orang beragama dan mempunyai Ilmu, kelihatan sangat naif dan tidak berakal apabila memilih menjadi wakil rakyat UMNO. Kenapa Ambo mengatakan demikian? Sebab Ambo pernah bekerja di bawahnya.

Kekangan berhujah, serta berfatwa secara benar beliau alami. Beliau sudah tidak dapat bercakap perkara yang benar mengenai Islam. Apa yang dikeluarkan, semuanya terpaksa di SPIN supaya menjaga periuk nasinya. Ambo masih ingat lagi pada tahun 2005. Waktu itu Ambo bersama salah seorang kawan, (kini memegang jawatan Ketua Pemuda PAS Lembah Pantai) bekerja di bawah Tim. Menteri ini. Kami menjalankan Aktiviti Islam Hadhari. Net.



Semasa beliau mengeluarkan kenyataan yang WANITA BOLEH MELACUR SEKIRANYA DARURAT, Ramai yang bersuara dengan isu ini. Masa itu, Peneraju Islam Hadhari. Net, Wirakarnain Sani sudah menyepikan diri. Tidak tahu bagaimana mahu mengatasi masalah itu.

Sewaktu Saudara Nasaie Ismail bertemu beliau di Parlimen, dia tidak tahu menahu yang artikal itu sudah diterbitkan dan membawa banyak kutukan oleh pelbagai pihak. Bayangkan seorang menteri tidak tahu apa yang berlaku? Tidak ke BONGAK namanya tu.

Selain itu, ingat lagi tidak kenyataan bangang yang pernah beliau keluarkan yang menghina hukum hudud. Katanya hudud tidak perlu dijalankan ke atas pesalah yang mencuri. Tetapi sebaliknya perlu menggunakan pendekatan yang berhemah. Apabila seseorang ditangkap semasa mencuri, seseorang itu harus diberikan kerja bukannya dipotong tangannya.

Wahai Tim. Menteri! Sedarkah anda, siapa yang selama ini yang mencuri duit rakyat? sedarkah anda golongan yang bagaimana selama ini mencuri harta rakyat? Usah membangangkan diri untuk menjaga periuk nasi semasa di dunia. Masih sedarkan apa yang ustazah belajar semasa disekolah dahulu yang NERAKA ALLAH sangat panas!!! Berkata benarlah... walaupun benar itu menyakitkan...

Ambo juga masih ingat satu fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Tim. Menteri ini. Kata Datuk ini, Bersunat adalah tidak wajib bagi lelaki. Jika tidak mahu bersunat tidak mengapa. Semasa hendak berwuduk, basuhlah bahagian kemaluan itu.

Kah Kah Kah! tidak kah lawak bunyinya itu. Kita jangan bersuara dengan suatu perkara yang kita tidak arif tentangnya. Hal ini adalah disebabkan bersangkutan dengan Agama. Jika tersalah, neraka jahanamlah jawabnya. Wahai Tim. Menteri, walaupun  Ambo tidak belajar setinggi Tim.Menteri, Ambo tahu perkara ini. Benda itu nama je sunat, tapi wajib! Alahaiiii... Rugi belajar tinggi-tinggi yer.

Masuk bab artikal yang ditulis oleh Tim. Menteri dalam sebuah akhbar UMNO pada tarikh 8 ogos 2011. Tajuk artikalnya Pas-Parti Aloh Sokmo. Pergh! Manis je tajuknya kan... Tapi Ambo percaya ini semua ditulis adalah kerana kerajaan mula gentar dengan parti Pas. Disebabkan itulah Menteri ini terpanggil untuk bercerita mengenai PAS kerana bimbang apabila Pakatan Rakyat memerintah, sudah pasti periuk nasiknya akan musnah. Bermacam-macam isu cuba diSPIN dalam artikal ini.

Walaupun beliau menceritkan apa yang dia tahu, Ambo yakin rakyat lebih tahu dari beliau. Rakyat makin cedik, sudah dapat membezakan mana lebih baik dan buruk. Siapa yang benar dan siapa yang zalim. Rakyat mula melepasi mumayiz selepas zaman DR M. masuk zaman PAK LAH, rakyat sudah berani bangkit dan bersuara. Rakyat tidak boleh dipergula-gulakan lagi. Rakyat kini bangkit menuntut hak.

Wahai Tim. Menteri. Di bulan Ramadhan yang mulia ini, sudah-sudahlah membongakkan diri. Muhasabah diri. Apa tujuan sebenar kita hidup di dunia ini. Janganlah keluarkan sesuatu kenyataan yang kita tidak fasih akan jawapannya. Jangan guna ilmu Mantiq jika tidak pandai berfikiran logik.

Kesian Ambo tengok Tim. Menteri ini, tidak pandai menari dipenrtas politik, tetapi bercerita seolah dialah Jaguh. Sedarkah wahai Tim. Menteri, anda dilihat tidak lebih sebagai KOSMETIK di dalam kabinet untuk menunjukkan bahawa di dalam kabinet terdapat juga golongan yang tahu bab agama.  Kesian! Kesian!

Sempena bulan ramadhan ini, Ambo berdoa agar Allah mengampunkan serta memberi kesedaran dan petunjuk kepada mereka yang telah membuat banyak kesilapan dan dosa, termasuk diri Ambo...

Pesan Ambo:
Udah-udahler membongakkan diri... Rakyat tak suka. Makin menyampah ada. Sepatutnya isu tertumpu kepada masalah yang dihadapi rakyat! Rakyat diabaikan, Isu lain pula diperbesarkan...
Apabila menari dipentas politk, biarlah tidak kena dengan tempo kumpulannya, tetapi haruslah kena dengan tempo yang ditentukan oleh Allah s.w.t..

Friday, August 5, 2011

Aliran di Malaysia

Semalam Ambo ada post satu status kat wall facebook Ambo. Status dia lebih kurang begini bunyinya... " Apa komen anda tentang Syiah dan Wahabi"... Selepas itu bertalu-talu kawan-kawan Ambo komen. Orang yang pertama komen ialah Cik Zin Mahmud. Pengarang Mingguan. Kata Cik Zin kedua-dua itu adalah fahaman yang mengarut.

Tetiba ada pulak member Ambo bernama Afiq masuk dengan menyinga. Katanya siapa yang tentukan aliran ini mengarut. Dan tambah Afiq lagi, Wahabi adalah bukan satu fahaman, tetapi ia adalah satu konsep untuk menyucikan bidaah. Hurm! Ambo pun jadi pelik juga. Tak tahu nak cakap macam mana.

Sebab yang menjadi persoalan, di Malaysia kita mengamalkan Sunnah Wal Jamaah. Kita juga cuba menidakkan kewujudan Syiah dan Wahabi. Selain itu, dalam fikiran kita juga telah di setkan bahawa Syiah dan Wahabi adalah satu ajaran yang terpesong. Apa yang bermain di dalam fikiran Ambo ialah, benarkah mereka ini sesat dan terpesong?

Jika dilihat, hampir 90% umat Islam di Pakistan, India dan beberapa negara di Timur Tengah, semuanya penganut Syiah. Dan Syiah mempunyai penganut yang sangat besar. Kenapa kita katakan mereka semua itu adalah saudara kita, tetapi dalam masa yang sama kita mengatakan mereka itu sesat kerana menganuti Syiah? Mereka juga mengucap dua kalimah syahadah. Mereka juga bertauhid atas satu iaitu Allah. Cuma tidak dinafikan ada golongan Syiah yang ekstrem. Itu soal lain.

Sedar atau tidak 80% penduduk Islam di Mekah sekarang adalah Wahabi. Dan Imam besar Mekah juga Wahabi. Persoalan ini timbul apabila, Ambo mendapat tahu, imam keempat Masjidilharam datang ke Malaysia untuk berterawih di Utusan Chan Saw lin. Semua teruja apabila dapat memakmumkan dibelakang Imam Mekah ini. Tapi sedarkah mereka yang Imam itu penganut Wahabi?

Kenapa kita katakan mereka ini sesat, tetapi kita pula yang beriya-iya mengagungkan mereka. Pelik bukan? Bukan kita untuk menentukan atau menghukum satu aliran itu betul atau salah. Dan juga bukan kita untuk menghukum orang itu Islam atau kafir. Cuma apa yang Ambo dapat katakan, mereka mengucap dua kalimah syahadah, dan Mengaku bahawa Allah itu satu, kita anggaplah mereka ini Islam dan saudara kita. Tidak perlulah bergaduh mengenai hal ini.

Cuma, mungkin di Malaysia ini, kita sejak kecil lagi sudah dididik dengan  aliran Sunnah Wal Jamaah. Sunnah Wal Jamaah lebih serasi serta ideal dengan penduduk di Malaysia. Hal ini terbukti jika dilihat tidak pernah timbul sebarang kekacauan atau tentangan  sepanjang aliran Sunnah ini dijalankan di Malaysia. Yang menjadi kebimbangan sekarang, sekiranya ketiga-tiga ini bertebaran di Malaysia, Ambo risau akan berlakunya perpecahan. Nauzubillah!

Allah adalah Satu!


Pesan Ambo:
Tak yahlah nak kondem aliran itu atau aliran ini. Yakinlah dengan apa yang AWOK belajar. Tapi sedikit sebanyak, ilmu-ilmu ini perlu juga diambil tahu supaya tidak ada kekeliruan dan dapat mengenal yang mana Intan dan Kaca... Dop Gitu!

Ini adalah pandangan peribadi Ambo sahaja.

Doa-doa di Bulan Ramadhan


Doa hari ke-11 Ramadan

“Ya Allah, tanamkanlah ke dalam diriku kecintaan kepada perbuatan-perbuatan yang baik, dan tanamkanlah ke dalam diriku kebencian terhadap kemaksiatan serta kefasikan. Jauhkanlah diriku daripada kemurkaan-Mu dan api neraka dengan pertolongan-Mu, wahai Penolong orang-orang yang meminta pertolongan.”


Doa hari ke-12 Ramadan

“Ya Allah, hiasilah diriku dengan penutup dan kesucian. Tutupilah diriku dengan pakaian qanaah dan kerelaan. Tempatkanlah aku di atas jalan keadilan dan sikap tulus. Amankanlah diriku daripada setiap yang aku takuti dengan penjagaan-Mu, wahai Penjaga orang-orang yang dalam ketakutan.”


Doa hari ke-13 Ramadan

“Ya Allah, sucikanlah diriku daripada kekotoran dan kejelikan. Berilah kesabaran kepadaku untuk menerima segala ketentuan. Dan berilah kemampuan kepadaku untuk bertakwa, serta bergaul dengan orang-orang yang baik dengan bantuan-Mu, wahai Harapan orang-orang yang miskin.”


Doa hari ke-14 Ramadan

“Ya Allah, janganlah Engkau menghukumku kerana kekeliruan yang kulakukan. Dan ampunilah aku daripada kesalahan-kesalahan dan kebodohanku. Janganlah Engkau jadikan diriku sebagai sasaran bala dan malapetaka dengan kemuliaan-Mu, wahai Kemuliaan kaum Muslimin.”


Doa hari ke-15 Ramadan

“Ya Allah, berikanlah aku rezeki berupa ketaatan orang-orang yang khusyuk. Dan lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang-orang yang menyesal, dengan keamanan-Mu, wahai Keamanan untuk orang-orang yang dalam ketakutan.”


Doa hari ke-16 Ramadan

“Ya Allah, berilah aku kemampuan untuk hidup sebagaimana kehidupan orang-orang yang baik. Dan jauhkanlah aku daripada kehidupan bersama orang-orang yang jahat. Dan naungilah aku dengan rahmat-Mu hingga sampai kepada alam akhirat. Demi ketuhanan-Mu, wahai Tuhan seru sekalian alam.”


Doa hari ke-17 Ramadan

“Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan kepada amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-citaku. Wahai Yang Maha Mengetahui keperluan, tanpa pengungkapan permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ada di dalam hati seluruh isi alam. Selawat ke atas Muhammad s.a.w. dan keluarganya yang suci.”


Doa hari ke-18 Ramadan

“Ya Allah, sedarkanlah aku akan berkat-berkat yang terdapat di saat sabarnya. Sinarilah hatiku dengan terang cahayanya dan bimbinglah aku serta seluruh anggota tubuhku agar dapat mengikuti ajaran-ajarannya, Demi cahaya-Mu, wahai Penerang hati para arifin.”


Doa hari ke-19 Ramadan

“Ya Allah, penuhilah bahagianku dengan berkat-berkatnya, dan mudahkanlah jalanku menuju kepada kebaikan-kebaikannya. Janganlah Kau jauhkan aku daripada kebaikan- kebaikannya, wahai Pemberi petunjuk kepada kebenaran yang terang.”


Doa hari ke-20 Ramadan

“Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu syurga dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu neraka, dan berikanlah kemampuan kepadaku untuk membaca al-Quran, wahai Penurun ketenangan di dalam hati orang-orang mukmin.”


11. Doa hari ke-21 Ramadan

“Ya Allah, berilah aku petunjuk menuju kepada keredhaan-Mu. Dan janganlah Engkau memberi jalan kepada syaitan untuk menguasaiku. Jadikanlah syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan peristirahatan, wahai Pemenuh keperluan orang- orang yang meminta.”


Doa hari ke-22 Ramadan

“Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu kurniaan-Mu, turunkan untukku berkat-berkat-Mu. Berilah kemampuan kepadaku untuk memperoleh keredhaan-Mu, dan tempatkanlah aku di dalam syurga-Mu yang luas, wahai Penjawab doa orang-orang yang berada di dalam kesempitan.”



Doa hari ke-23 Ramadan

“Ya Allah, sucikanlah aku daripada dosa-dosa, dan bersihkanlah diriku daripada segala aib. Tanamkanlah ketakwaan di dalam hatiku, wahai Penghapus kesalahan orang-orang yang berdosa.”



Doa hari ke-24 Ramadan

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu terhadap perkara-perkara yang mendatangkan keredhaan-Mu, dan aku berlindung dengan-Mu daripada perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan-Mu, dan aku memohon kepada-Mu kemampuan untuk mentaati-Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap-Mu, wahai Pemberi kepada para peminta.”


Doa hari ke-25 Ramadan

“Ya Allah, jadikanlah aku orang-orang yang mencintai aulia-Mu dan memusuhi musuh-musuh-Mu. Jadikanlah aku pengikut sunah-sunah penutup Nabi-Mu, wahai Penjaga hati para Nabi.”



Doa hari ke-26 Ramadan

“Ya Allah, jadikanlah usahaku sebagai usaha yang disyukuri, dan dosa-dosaku diampuni, amal perbuatanku diterima, dan seluruh aibku ditutupi, wahai Yang Maha Pendengar dari semua yang mendengar.”


Doa hari ke-27 Ramadan

“Ya Allah, rezekikanlah kepadaku keutamaan lailatulqadar, dan permudahkanlah perkara-perkara yang menjadi sulit bagi diriku. Terimalah permintaan maafku, dan hapuskanlah dosa serta kesalahanku, wahai Yang Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya yang soleh.”


Doa hari ke-28 Ramadan

“Ya Allah, penuhkanlah hidupku dengan amalan-amalan sunah, dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaanku. Dekatkanlah perantaraanku kepada-Mu di antara semua perantara, wahai yang tidak menjadi sibuk akibat permintaan orang-orang yang meminta.”


Doa hari ke-29 Ramadan

“Ya Allah, liputilah aku dengan rahmat dan berikanlah kepadaku taufik dan penjagaan. Sucikanlah hatiku daripada noda-noda fitnah, wahai Yang Maha Pengasih terhadap hamba-hamba-Nya yang mukmin.”


Doa hari ke-30 Ramadan

“Ya Allah, jadikanlah puasaku disertai dengan syukur dan penerima di atas jalan keredhaan-Mu dan keredhaan para Rasul. Cabang-cabangnya kukuh dan kuat berkat pokok-pokoknya, demi kenabian Muhammad dan keluarganya yang suci, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.”

Wednesday, August 3, 2011

Alahaiiiii Katak!

Pagi-pagi macam biasalah Ambo masuk, belek-belek paper dulu. Tambah-tambah bulan puasa ni pulak kan, nak bukak mata pun tak berapa nak lalu sangat dah. Tengok member sekeliling pun cam cencorot tertelan selipar pun ada. Kesian. Tambah-tambah member lelaki. Yang perempuan tak de la nampak sangat. huhuhu...

Dalam paper hari ni, satu yang menarik perhatian Ambo. Isu mengenai Zahrain katak yang meminta Tok Guru memberi penafian terbuka. Lawak sial mamat ni. Ko ni poyo sangat ape hal. Sibuk sangat. Ni hal pakatan. Ko tu dah melompat. Yang ko sibuk sangat pe hal. Elok Tok Guru tak melayan orang yang meroyan macam ni. Dia ni dah mabuk ke apa. Sibuk nak publisiti murahan. Yang paling aku suka, Tok Guru labelkan mamat ni sebagai SAMPAH... hahahaha... Pergh! Sampah Siot. Memang Sampah ler. Bukan sampah yang bersih ni... tapi sampah yang berada di dalam LONGKANG. Dah kotor. Tikus pun x nak dekat dengan sampah macam ni.

Suka sangat publisiti murahan. Asal ada isu je mesti mamat ni bersuara. Lepas tu kenyataan dia semua membangkitkan lawak. Kesian! Nampak sangat dia ni dalam keadaan tersepit. Tak payah ler nak menyalak sangat. Sepatutnya ko kena malu dengan perjuangan asal ko. Rakyat pilih ko disebabkan dia yakin dengan perjuangan yang ko bawa. Tapi sekarang ko sibuk je duk campur hal orang. Jaga kebajikan rakyat ko tu. Apa daaaa... Satu lagi, kalau dia cabar Tok Guru, gua pun nak cabar dia, kalau berani letak ler jawatan Parlimen Bayan Baru. Kita tengok, rakyat sokong lagi tak mamat ni. Amacam Tan Sri, Ada bran ke?


Pergh! Stedy lah bang!

Kata Ambo:
Seorang lagi Ambo nak cabar. Kalau dia betul-betul berani dan ada teloq, Ambo nak cabar Wakil Rakyat Parlimen Pasir Mas supaya letak jawatan. Kita buat pemilihan baru. Hahahaha... Ada Bran ke?

Tuesday, August 2, 2011

Selamat Berpuasa!


Salam Ramadhan kepada semua. Dengan ketibaan bulan yang barokah ini, diharap kita mendapat sejuta keampunan juga berbilion rahmat dari Allah s.w.t. Tetapi semua itu tidak akan datang bergolek melainkan kita bersujud dan mendekatkan diri kepada Allah. Ambo ingin berkongsikan doa2, sepuluh hari pertama. Moga-moga dengan ini, kita mendapat lebih keberkatan hendaknya. (ayat terabur. Mata duk kabur ni. Mengantuk... huarghhhh)


Doa Hari 1...
Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku SebagaiPuasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan
Ampunilah Aku, WahaiPengampun Para Pembuat Dosa.


Doa Hari 2
Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keredhaan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dari Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Daripada Semua Pengasih!!


Doa Hari 3
Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezeki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bahagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Pemurah Dari Semua Pemurah.


Doa Hari 4
Yaa Allah! Berikanlah Kekuatan Kepada Ku, Untuk Menegakkan Perintah- Perintah-Mu, Dan Berilah Aku Manisnya Berzikir Mengingati-Mu. Berilah Aku Kekuatan Untuk Menunaikan Syukur Kepada-Mu, Dengan Kemuliaan-Mu. Dan Jagalah Aku Dengan Penjagaan-Mu Dan Perlindungan- Mu, Wahai Dzat Yang Maha Melihat.


Doa Hari 5
Yaa Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Memohon keAmpunan, Dan Jadikanlah Aku Sebagai Hamba-Mu Yang Soleh Dan Setia Serta Jadikanlah Aku Diantara Auliya'-Mu Yang Dekat Disisi-Mu, Dengan Kelembutan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Pengasih Di Antara Semua Pengasih.


Doa Hari 6
Yaa Allah! Janganlah Engkau Hinakan Aku Kerana Perbuatan Maksiat Terhadap-Mu, Dan Janganlah Engkau Pukul Aku Dengan Cambuk Balasan- Mu. Jauhkanlah Aku Dari Hal-Hal Yang Dapat Menyebabkan Kemurkaan-Mu, Dengan Anugerah Dan Bantuan-Mu, Wahai Puncak Keinginan Orang-Orang Yang Berkeinginan!


Doa Hari 7
Yaa Allah! Bantulah Aku Untuk Melaksanakan Puasanya, Dan Ibadah Malamnya. Jauhkanlah Aku Dari Kelalaian Dan Dosa-Dosa Nya. Dan Berikanlah Aku Dzikir Berupa Dzikir Mengingat-Mu Secara Berkesinambungan, Dengan Taufiq- Mu, Wahai Pemberi Petunjuk Orang- Orang Yang Sesat.


Doa Hari 8
Yaa Allah! Berilah Aku Rezeki Berupa Kasih Sayang Terhadap Anak-Anak Yatim Dan Pemberian Makan, Serta Penyebaran Salam, Dan Pergaulan Dengan Orang-Orang Mulia, Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Tempat Berlindung Bagi Orang-Orang Yang Berharap.


Doa Hari 9
Yaa Allah! Sediakanlah Untuk Ku Sebahagian Dari Rahmat-Mu Yang Luas, Dan Berikanlah Aku Petunjuk Kepada Ajaran-Ajaran-Mu Yang Terang, Dan Bimbinglah Aku Menuju Kepada Kerelaan-Mu Yang Penuh Dengan Kecintaan- Mu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu.


Doa Hari 10
Yaa Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Bertawakkal Kepada-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang- Orang Yang Menang Disisi-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Dekat Kepada- Mu Dengan Ihsan-Mu, Wahai Tujuan Orang-Orang Yang Memohon.

Pesan Ambo:
Setelah baca, jangan lupa share dengan kawan-kawan yang lain yer...Selamat beribadat!