Tuesday, November 26, 2013

Bang Mat oh Bang Mat

Muktamar PAS baru sahaja selesai 24 Disember 2013 yang lalu. Muktamar kali ini kelihatan begitu hebat dengan isu Tahaluf dan juga bermacam isu yang diutarakan. Tidak ketinggalan juga isu kumpulan rock yang membuat persembahan di malam kesenian muktamar.

Namun, ambo cuma tertarik dengan satu isu yang sudah lama dipalu, namun, kali ini bunyi isu ini makin kuat di didendangkan. Isunya ialah tentang kemenangan Abang Mat @ Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS. Ramai yang mengentam mengatakan Bang Mat adalah seorang Syiah, dan kesegaran pengaruhnya dalam PAS memburukkan niat suci dasar PAS untuk menegakkan syiar Islam.

Ramai yang menyatakan rasa kekecewaan ini. Tetapi ambo nak tanya kepada orang yang menyatakan kekecewaan itu, adakah benar Mat Sabu ini seorang penganut Syiah? Pernahkah Bang Mat sembahyang dengan Karbalah? Adakah kata-kata Bang mengaku dia seorang Syiah?

Ikuti pengakuan Mat Sabu mengenai isu ini...



Saya kebetulan membesar dalam perjuangan, menyertai PAS pada 1978 dan tahun 1979 berlaku revolusi Islam Iran. Perkembangan dan kebangkitan di sana menjadi tumpuan ramai. Kemudian kemunculan gerakan Islam seperti Hizbullah, yang juga dipimpin seorang ulama yang memakai serban.

Kita ambil contoh Imam Khomeini. Macam mana seorang ulama yang menggerakkan rakyat sehingga boleh buat revolusi. Isu apa yang dipakai? Mereka tidak sebut pertentangan kelas. Tetapi beliau mengemukakan isu Mustakbirin dan Mustad'afin, iaitu yang menindas dan yang kena tindas, 'oppressed and oppressors'.

Bagaimana Khomeini berjaya meletakkan semua golongan dibawahnya. Sama ada sosialis, komunis, liberal dan sebagainya berketuakan dia. Yang ini kita perlu belajar, bukan soal mazhabnya.

Saya juga menghormati, bahkan dalam ucapan-ucapan saya tidak lekang menyebut Imam Hassan Al-Banna. Dia seorang guru agama biasa tetapi dia berdakwah dan berjaya masuk sampai ke bar dan kelab malam. Bagaimana dia boleh memimpin semua peringkat, sehingga intelektual universiti, profesor juga ada di bawah naungannya. Pemimpin macam ini saya amat hormat.

Begitu juga dengan Hizbullah. Di Beirut, yang digelar 'Paris of the East', tempat tarian gelek, tarian separuh bogel, minum arak, pakai bikini, tiba-tiba di tengah kota ini muncul satu badan yang begitu disiplin dan begitu menitikberatkan hal kebajikan. Serta boleh mengumpul anak muda dan bagaimana mereka dilatih sehingga sanggup korbankan nyawa harta benda untuk melawan dengan Israel.

Kemudian, dari sudut politik, mereka boleh menarik golongan kristian Michael Aoun yang bersenjata dan kumpulan sekular yang lain berada di bawah naungan Hizbullah. Ini taktik dan strategi politik. Inilah yang saya kagum dan mahu belajar daripada mereka.

Begitu juga Sheikh Ahmad Yasin yang berjuang daripada muda sehinggalah beliau berkerusi roda terus berjihad. Sesetengah kita bila masuk umur tua sedikit cepat-cepat menyerahkan kepada orang muda, "biar kami tua-tua ni duduk di belakang". Tetapi Sheikh Ahmad Yasin ini menyemarakkan semangat jihad sehingga melahirkan Hamas.

Jadi contoh-contoh inilah yang saya kagum. Kadang-kadang saya tidak tahu pun latar belakang soal anutan mazhab mereka, tetapi saya melihat dari sudut ilmu bagaimana mereka mengorak langkah dan memimpin. Dan dalam dunia moden ini, bagaimana ulama ini boleh diterima umum.

Kita ambil contoh macam Hassan Nasrullah. Penyanyi, ahli sukan, artis, semuanya boleh menerimanya. Kita kena lihat di mana kekuatan mereka. Begitu juga dengan dunia intelektual. Saya minat pandangan Dr Kalim Siddiqui, ahli sains sosial daripada England yang meninggal dunia di Afrika Selatan.

Saya mengingati juga Dr Ali Shariati tanpa mengetahui apa mazhab dia. Beliau membuat kupasan yang menarik terhadap sejarah, haji, firaun, kerajaan Mongul yang jatuh di India. Saya minat membaca pemikiran seperti ini. Begitulah juga dengan Dr Fathi Yakan yang membicarakan langkah awal perjuangan Islam.

Bagi saya bukan melihat pemahaman, anutan dan sebagainya. Dan kadang-kadang saya tidak tahu apa pegangan dan anutan mereka tetapi saya melihat dari sudut kepimpinan.

Begitu juga di tengah-tengah kelemahan orang Islam yang tidak yakin langsung tentang nilai jati diri sehingga orang berkata "macam mana hendak merdeka, orang Melayu, jarum pun tidak boleh buat, sedangkan British ada kapal perang".

Di sini pula muncul Jamaluddin Afghani yang memberi nafas baru kepada orang Islam untuk yakin kepada kekuatan diri menuntut kemerdekaan: "Kamu boleh mencapai kemerdekaan sendiri, kalau bersedia untuk berjuang".

Inilah sikap saya dalam hal merujuk kepada pejuang-pejuang, yang tidak langsung melihatnya dari sudut latar belakang mazhab mereka. - MAT SABU

Ini pengakuan Mat Sabu. Malas nak ulas panjang. Wallahualam...

Tuesday, October 22, 2013

Isu Kalimah Allah

Sekarang ini tengah hangat tentang Isu Kalimah Allah ini. Orang Kristian meminta supaya mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah ini untuk kitan mereka. Pelik! Kenapa baru sekarang? Macam-macam alasan dan hujah digunakan oleh pelbagai pihak dalam isu ini. Ada yang membenarkan, dan ada yang tidak membernarkan. Ambo sendiri tidak fasih dalam bidang ini. Tapi ambo ada pendapat sendiri.

Sebelum ambo ceritakan pendapat Ambo, ambo rasa kita patut baca satu artikal yang ditulis oleh Dr. Asri Zainal Abidin tentang isu ini. Ambo tertarik dengan apa yang dia katakan.

KALIMAH ALLAH: EMOSI DAN REALITIProf Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Ramai minta saya tulis artikel tentang isu nama Allah yang dipanaskan semula dan terus menjadi krisis antara sesetengah pihak muslim dengan sesetengah pihak Kristian. Saya sebenarnya telah coretkan hal ini pada tahun 2007 masa saya masih memegang jawatan Mufti Negeri Perlis. Di sini saya sentuh sekali lagi.
Hanya Di Sini
Isu kalimah Allah ini akan menjadi satu sejarah yang menarik dan tersendiri di Semenanjung Malaysia. Isu seperti ini tidak wujud di negara-negara Arab kerana Kristian Arab dan Bible dalam Bahasa Arab sejak sebelum dan selepas Nabi Muhammad s.a.w memang menggunakan perkataan Allah merujuk kepada Tuhan. Bahkan kaum Quraish sebelum kehadiran Nabi Muhammad s.a.w juga guna nama Allah.
Bapa Nabi Muhammad s.a.w bernama Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Padahal bapa Nabi Muhammad s.a.w tidak sempat pun bertemu dengan Nabi s.a.w sebagai RasululLah. Kristian Qibti (Coptic) di Mesir juga sejak sekian lama memanggil Tuhan ‘Allah’. Demikian Kristian Lebanon dan Jordan, gereja-gereja mereka berdoa dengan memanggil ‘Allah’ sejak zaman silam. Apa yang hendak dihairankan, asal-usul ajaran mereka dari ajaran Nabi Isa a.s. Justeru bukan sahaja perkataan Allah, banyak lagi perkataan yang membabitkan akidah yang sama antara Islam dan Kristian seperti nama para nabi; Ibrahim, Musa, Harun, Isa dan lain-lain.
Orang Islam seluruh dunia setiap hari melafazkan ayat dalam Surah al-Fatihah (maksudnya):‘segala puji bagi Allah tuhan segala alam’. Tiada muslim pun yang menyebut ‘segala puji bagi Allah Tuhan kaum muslimin sahaja’. Ini kerana muslim mengakui Allah itu tuhan untuk semua, bukan tuhan untuk kaum dan pihak tertentu sahaja.
Maka isu kalimah Allah tidak pernah timbul di negara-negara Arab. Bahkan mereka mungkin sukar untuk faham dan hairan apabila kita memberitahu kita menghalang pihak Kristian memanggil Tuhan itu Allah. Di Sabah dan Sarawak juga sudah berpuluh tahun mereka menggunakannya.
Kristianisasi
Di Semenanjung Malaysia, dalam kitab agama Sikh, nama Allah disebut. Sementara orang cina yang bukan muslim di Kelantan terbiasa dengan kalimah ‘inshaa Allah’. Ada lagu negeri-negeri yang terdapat ‘kalimah Allah’ yang dinyanyikan oleh semua rakyat berbilang agama. Logo-logo Polis dan Tentera tertulis ‘Allah’ dan ‘Muhammad’. Logo-logo itu dipakai oleh anggota yang muslim dan non-muslim.
Namun apabila orang muslim di Malaysia digembar-gemburkan isu tentang Kristianisasi, maka keadaan resah mula timbul dalam kalangan umat Islam. Kristianisasi sesuatu yang benar-benar wujud. Orang muslim dalam negara ini bimbang. Maka, apabila timbul edaran pihak Kristian dalam bahasa Melayu yang menyebut Tuhan sebagai Allah yang selama ini dari segi kebiasaan orang Melayu Semenanjung hanya mereka sahaja memakai kalimat ini, maka emosi mereka mula bangkit. Apa tidaknya, mengapakah hanya versi melayu sahaja yang hendak digunakan ‘perkataan Allah’?! Mengapa tidak edaran gereja yang berbahasa Inggeris, Cina, Tamil dan lain-lain juga menggunakan Allah?
Provokatif
Kelihatan seolah macam ada ‘hidden agenda’ ataupun ‘mala fide’ di situ. Maka ramai yang membantah dan menganggap ada unsur provokasi agama di pihak Kristian, bukan kerana mereka memang ingin memanggil tuhan itu Allah, tetapi sekadar umpan yang hendak digunakan bagi memancing umat Islam yang terbiasa dengan kalimah itu. Maka kelihatan unsur provokatif di situ.
Maka, bantahan untuk orang bukan muslim menggunakan nama Allah dalam edaran bahasa melayu kelihatan macam mempunyai alasan di sudut keharmonian masyarakat berbilang agama dan ijtihad pentadbiran. Ia bukan berasaskan nas yang jelas melarang secara langsung hal itu, tetapi atas asas pemerintah bertindak demi kepentingan awam.
Jika sekadar itu, maka bolehlah terima pendapat yang melarang. Ia bukan larangan mutlak bahawa bukan-muslim sama sekali tidak boleh menyebut dan menggunakan nama Allah, tetapi menggunakan nama tersebut dalam bentuk provokasi agama dilarang.
Salah Faham
Malangnya ada muslim yang tidak jelas hal ini sehingga menyatakan bukan muslim sama sekali tidak boleh menggunakan nama Allah. Kononnya nama Allah eksklusif untuk muslim sahaja. Ada pula yang berfatwa ‘murtad sesiapa yang membenarkan‘. Pada hal nas asal, dalam al-Quran dan al-Sunnah membenarkan bahkan menggalakkan mereka menggunakannya selagi mana penggunaan itu merujuk kepada Tuhan Yang Sebenar ataupun ‘The Supreme Being’. Banyak ayat al-Quran yang menegaskan hal ini. Firman Allah:(maksudnya)
“Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).
Bahkan Nabi s.a.w ketika mencabar orang-orang Kristian bermubahalah ataupun bersumpah laknat, mereka diminta bersumpah dengan nama Allah, bukan nama Jesus. Firman Allah: maksudnya)
“Sesungguhnya bandingan (kejadian) Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka jadilah ia. Kebenaran itu datang daripada Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau dalam kalangan mereka yang ragu-ragu. Kemudian sesiapa yang membantahmu (Wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: “Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, isteri-isteri kami serta isteri-isteri kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta”. (Surah Ali ‘Imran 59-61).
Jika Islam larang mereka secara mutlak menyebut Allah, bagaimana mungkin mereka disuruh bersumpah dengan nama Allah?!
Al-Imam Muslim dalam sahihnya pula meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut:
“Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w: barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”.
Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut.
Ertinya, Nabi s.a.w membenarkan penggunaan nama Allah seperti yang pihak kafir Quraish minta. Jika itu dilarang, tentu cadangan mereka ditolak!.
Lojik
Kita bayangkan jika mereka langsung tidak boleh panggil Allah, bagaimana dengan Kristian Arab jika datang ke Malaysia? Apakah mereka terpaksa menahan diri dari menyebut masya Allah dengan diganti ‘masyaa God’.
Jika bukan muslim bertanya siapakah tuhan saya yang sebenar. Muslim hendaklah menjawab Allah. Dia tidak boleh berkata ‘tuhan awak lain dan tuhan saya lain. Awak tidak boleh menyebut nama tuhan saya’. Jika dia berkata demikian, maka dia syirik.
Maka, sepatutnya larangan itu hanya apabila ia dalam bentuk provokasi yang menimbul ketegangan masyarakat. Kenyataan yang menyatakan larangan itu mutlak adalah tidak berasaskan ajaran Islam. Apatah lagi kenyataan yang memurtad sesiapa yang mengizinkan seakan memurtadkan Nabi s.a.w, dan umat Islam di seluruh dunia.
Maka, kita muslim hendaklah mengendali isu dan mengetahui hubung kait sesuatu itu sebelum hendak dibangkit sentiment agama mengenainya. Jangan kita melebihi kadar yang sepatutnya, juga jangan kita lalai tentang keamanan dan keharmonian hidup dalam negara yang pelbagai agama. Dakwah Islamiah hendaklah ditingkatkan. Sebarkan Islam dan banyakkan dialog antara agama seperti yang Dr Zakir Naik lakukan. Kenapa kita sentiasa ketakutan ditewaskan sehingga begitu defensive?! Bawalah mesej Islam dengan penuh hujah dan hikmah.
Hurm! Apa macam? 
Bagi pendapat ambo pula, untuk orang kristian menggunakan kalimah Allah dalam kitab mereka mungkin kurang sesuai kot. kenapa mereka hanya mahu menggunakan kalimah Allah ini hanya pada kitab versi melayu sahaja? dan kenapa sekarang? Perkara ini dibimbangi akan menyebabkan salah faham bagi orang Islam yang kurang mendalam dalam ajaran islam. Bimbang sekiranya ada yang akan mengatakan, "Eh kenapa tuhan dia Allah, tapi dia tak kena puasa pun bulan Ramadhan. Tuhan saya Allah, tapi kenapa saya kena puasa?" perkara sedemikian mungkin akan berlaku. Mungkin!!! 
Namun, bagi kita menghalang orang bukan islam menyebut perkataan Allah serta mengaku Allah adalah tuhan mereka juga, bagi ambo itu tidak wajar. Ini kerana Allah juga adalah tuhan mereka. Apabila kita melarang mereka menyebut Allah, seolah-olah kita mengakui adaanya tuhan lain selain Allah. Sedangkan Allah adalah satu.
Kesimpulannya, bagi Ambo, Untuk digunakan dalam kitab, untuk label atau papan tanda, dan sebagainya, ambo tidak setuju, namun untuk membenarkan mereka menggunakan Kalimah Allah dalam percakapan mereka, tiada masalah. 

Sunday, September 29, 2013

12 Barisan Manusia



Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: Pada sangkakala ditiup maka kamu sekalian datang berbaris-baris” Surah an-Naba’:18.


Mendengar pertanyaan itu, Baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: “Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….” Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.”Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.”Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. “Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. “Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…


BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.”Mereka adalah orang yang minum arak,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..”


BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…”

Semoga kita semua di saf yang Ke-12 yang mendapat rahmat dari Allah SWT. Amin

Wallahualam. Wassalam.

Thursday, September 26, 2013

Al-Fatihah buat Guru Kami Ustaz Azizan Abdul Razak




Pagi ini, bersamaan 26 september 2013, jam 11.10 pagi, pemimpin berjiwa rakyat dan berjasa besar, Ustaz Azizan telah kembali kepada penciptanya. Pemergian sang murabbi ini ditangisi ribuan penyokong dan pendokong perjuangan Islam di Malaysia. Mari kita kenali Murabbi yang banyak berjasa ini.

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, pernah belajar di Maktab Mahmud pada tahun 1959-1965. Ustaz Azizan berkelulusan Sarjana Muda Syariah dari Universiti al-Azhar dan undang-undang dari Universiti Kent, Canterbury, United Kingdom.
Pengalaman kerjaya

Pengalaman antarabangsa

Muktamar Al-Haj Anjuran All Indian Iranian Association New Delhi, India (1980)
Pembentangan Kertas Kerja di 1st ASEAN Syariah Administration Conference Workshop, Manila (1983)
Persidangan Gerakan Islam Sedunia, Turki (1995)
Persidangan Islam Sedunia, Lubnan (2001)
Conference of South East Asia Islamic Law, ManilaPenulisan antarabangsa
Dirasah Hawla At Tashriq Al Islami, terbitan Kementerian Hal Ehwal Agama Islam Filipina
Introduction to Islamic New Jurisprudence, terbitan Office of Muslim Affair and Cultural Communities, Bandar Quezon, Filipina 1986
Syariah, Adat and Command Low Amongst the Maranoas of Southern Philippines : And Exploratory and Comparative Study, Terbitan Southeast Asian Studies ProgramNGO
AJK Persatuan Bekas Pelajar Melayu Timur Tengah
AJK Persatuan Falak Syarie Malaysia
Ahli Persatuan Syariah Asia Tenggara (South East Asia Association)Politik

Ustaz Azizan pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga merupakan Pengarah Urusan Harakah dan tenaga pengajar di sekolah yang didudukinya iaitu Maktab Mahmud, Alor Setar pada tahun 1966. Beliau pernah menjadi pensyarah pelawat Mindanao State University, Filipina dan pensyarah sambilan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)(1983-1984, 1986-1995). Beliau fasih berbahasa Melayu (loghat Kedah), bahasa Inggeris,bahasa Arab dan bahasa Filipina.

Beliau mula menyertai PAS pada tahun 1978 di England. Pada tahun 1986 bergiat aktif dengan PAS di Malaysia. Beliau merupakan Naib Presiden PAS (2003-2005), Ketua Penerangan PAS Pusat (2001-2003), Ahli Majlis Syura Ulama PAS (1991 hingga kini) Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1993 hingga sekarang) selain menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah (2000 hingga sekarang), Setiausaha Perhubungan PAS Kedah (2000 hingga sekarang) dan mewakili PAS ke MAPEN (1989). Beliau memenangi DUN Sungai Limau (dahulu dikenali sebagai DUN Sala) mulai 1995 hingga 2013 mengalahkan calon dari Barisan Nasional.

Semoga roh Guru kami ini dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin dan siddiqin. Amin... Rehatlah wahai sang murabbi, sesungguhnya perjuangan dan sumbanganmu akan dikenang buat selamanya. Amin

Wednesday, September 25, 2013

Alohaaaa!

Fuh! lama sungguh ambo menyepikan diri dalam dunia blog memblog ni. Ramai yang tertanya-tanya, lama tak update ni sebab kena tangkap dalam ops cantas ke? Mana ada! gua orang baik. Tak de masuk mana-mana geng, kecuali geng mengaji.

Agak2lah berapa belas juta orang yang merindui tulisan ambo nih. Hahahaha... padahal tak de orang bukak pun. biasalah syok sendiri. Tapi syok sendiri kira ok lagi, sebab tidak melibatkan orang lain. Jangan jadi kurang ajar dan biadab sudah. Kan... benda tu melibatkan orang. Silap2 kena bedal dengan orang.

Sehari dua ni, ofis ambo duk geger dengan kes isteri Mat Yo yang dikatakan biadap dengan seorang pengawal keselamatan. Semua duk mengutuk tindakan kurang waras isteri Mat Yo tu. Sekali tengok macam budak bodoh pun ada gak. Lebih malang lagi ambo tengok Mat Yo tak de la plak nak tenangkan isteri dia. Sepatutnya bukan pakcik tu Mat Yo marah, ko kena ajar bini kau tu dulu. Sebagai wanita, jagalah tingkah laku dan jaga maruah suami. Sekarang tak pasal-pasal orang kata Mat Yo tak pandai jaga bini. Tak pandai didik bini. Kan benda tu dah bukak pekung di dada.

Ko sebagai suami, jagalah kelakuan bini kau. Waima pakcik tu yang salah sekalipun, tak patut bini kau tu lebih-lebih. Siap tendang pakcik tu lagi. Jagalah tatasusila sebagai orang wanita. Hish! malu tengok orang perempuan perangai macam tu. Ko duk kata pakcik tu jantan dayus, sekarang ni kita tengok siapa sebenarnya yang dayus. Suami kau ke? ke pakcik tu yang dayus?

malaslah Ambo cakap lebih. Ambo nak fokus game TRW lawan JDT Sabtu ni. Aku nak tengok Mat Yo bawa masuk bini dia dalam stadium. Hahahahaha....

Kata Ambo: Masa Allah bagi senang ni, janganlah berlagak sangat. Sekelip mata je Allah boleh ambik balik. Kalau Allah tarik balik nikmat dia, masa tu menangis air mata darah sekalipun sudah talak guna maaaa...

Mohon tutup aurat yer!

Tuesday, January 10, 2012

Realiti Media



Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."
 

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."
 
 
Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."
 

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."
 

Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."
 

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"
 

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."
 

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"
 

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."
 

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."
 


Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari."

Pencacai sejati

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan gelagat muslimat PAS yang berdemo dihadapan mahkamah semasa perbicaraan DSAI. Kata Utusan, gelagat muslimat PAS itu memalukan. Ambo petik sikit kata Utusan Melayu bertarikh 11 Januari 2012 yang berbunyi:

Menurut laporan di halaman 4, akhbar milik Umno itu berkata meskipun bertudung labuh dengan sebahagian besar mereka berjubah, muslimat PAS itu itu “menyanyi-nyanyi dan bersorak tanpa mempedulikan orang ramai yang memerhatikan aksi mereka”.

“Dengan dipimpin oleh seorang ketua yang memegang pembesar suara, muslimat PAS itu menyanyi-nyanyi dan bersorak tanpa mempedulikan orang ramai yang memerhatikan aksi mereka.

“Lebih memalukan, muslimat PAS itu seolah-olah lupa diri sehingga sanggup mengeluarkan perkataan ''Umno mampus'' malah ada kalangan mereka yang gagal menjaga aurat dengan selamba bersalaman dengan lelaki bukan muhrim,” petik akhbar itu lagi.



Utusan Melayu cuba memperbesarkan isu ini untuk menampakkan keburukan parti PAS yang kononnya tidak berjaya mendidik pengikutnya. Tapi sedarkah Utusan yang berita sedemikian memberikan 'back fire' kepada parti yang UMNO yang mereka agung-agungkan selama ini. Hahahaha... Lawak pulak rasanya. Nak pukul orang, tetapi tak perasan yang sedang pukul BROTHER sendiri. 


Mungkin mereka ingin mengatakan, inikah yang dikatakan perjuangan Islam? Muslimat berperangai sedemikian. Tapi sedarkah mereka, UMNO juga mengatakan bahawa parti mereka juga memperjuangkan Islam! Adakah ini hanya tertakluk kepada PAS. 


Utusan mengatakan, ada di antara muslimat PAS tanpa segan silu bersalam dengan lelaki yang bukan muhrim. Ler! tau rupanya bersalam diantara lelaki dan perempuan itu haram. Cuba check pemimpin UMNO, ada tak yang bersalam dengan lelaki atau wanita bukan muhrim? Kak Fair Lady yang beli cincin yang harga berjuta-juta rupiah tu, pernah tak bersalam dengan lelaki bukan muhrim? 


Malahan Ambo tengok, kak Fair Lady tu bukan sahaja bersalam, malah ada juga berlaga-laga pipi dengan lelaki bukan muhrim. Itu elok ke? Tak berdosa ke? Atau dosa pahala ini hanya kepada orang PAS sahaja. Kalau orang UMNO, ok kot. Tak gitu? 


Ambo malas sebenarnya nak ulas panjang-panjang bab ni. Nak muntah pun ada, nak gelak pun ada. Lu pikirlah sendiri... Hahahaha


Ini yang dinamakan senonoh!

Ini halal!

Ini Tak dosa!

Ini tak memalukan?

Ini Halal!

Ini memang tak memalukan




Kata Ambo: Kalau nak mengampu pun biarlah cerdik sikit. Jangan jadi bodoh sangat! Alahai... Kalau dah bodoh, jangan tunjuk atau mengaku diritu bodoh...