Thursday, September 26, 2013

Al-Fatihah buat Guru Kami Ustaz Azizan Abdul Razak




Pagi ini, bersamaan 26 september 2013, jam 11.10 pagi, pemimpin berjiwa rakyat dan berjasa besar, Ustaz Azizan telah kembali kepada penciptanya. Pemergian sang murabbi ini ditangisi ribuan penyokong dan pendokong perjuangan Islam di Malaysia. Mari kita kenali Murabbi yang banyak berjasa ini.

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, pernah belajar di Maktab Mahmud pada tahun 1959-1965. Ustaz Azizan berkelulusan Sarjana Muda Syariah dari Universiti al-Azhar dan undang-undang dari Universiti Kent, Canterbury, United Kingdom.
Pengalaman kerjaya

Pengalaman antarabangsa

Muktamar Al-Haj Anjuran All Indian Iranian Association New Delhi, India (1980)
Pembentangan Kertas Kerja di 1st ASEAN Syariah Administration Conference Workshop, Manila (1983)
Persidangan Gerakan Islam Sedunia, Turki (1995)
Persidangan Islam Sedunia, Lubnan (2001)
Conference of South East Asia Islamic Law, ManilaPenulisan antarabangsa
Dirasah Hawla At Tashriq Al Islami, terbitan Kementerian Hal Ehwal Agama Islam Filipina
Introduction to Islamic New Jurisprudence, terbitan Office of Muslim Affair and Cultural Communities, Bandar Quezon, Filipina 1986
Syariah, Adat and Command Low Amongst the Maranoas of Southern Philippines : And Exploratory and Comparative Study, Terbitan Southeast Asian Studies ProgramNGO
AJK Persatuan Bekas Pelajar Melayu Timur Tengah
AJK Persatuan Falak Syarie Malaysia
Ahli Persatuan Syariah Asia Tenggara (South East Asia Association)Politik

Ustaz Azizan pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga merupakan Pengarah Urusan Harakah dan tenaga pengajar di sekolah yang didudukinya iaitu Maktab Mahmud, Alor Setar pada tahun 1966. Beliau pernah menjadi pensyarah pelawat Mindanao State University, Filipina dan pensyarah sambilan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)(1983-1984, 1986-1995). Beliau fasih berbahasa Melayu (loghat Kedah), bahasa Inggeris,bahasa Arab dan bahasa Filipina.

Beliau mula menyertai PAS pada tahun 1978 di England. Pada tahun 1986 bergiat aktif dengan PAS di Malaysia. Beliau merupakan Naib Presiden PAS (2003-2005), Ketua Penerangan PAS Pusat (2001-2003), Ahli Majlis Syura Ulama PAS (1991 hingga kini) Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1993 hingga sekarang) selain menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah (2000 hingga sekarang), Setiausaha Perhubungan PAS Kedah (2000 hingga sekarang) dan mewakili PAS ke MAPEN (1989). Beliau memenangi DUN Sungai Limau (dahulu dikenali sebagai DUN Sala) mulai 1995 hingga 2013 mengalahkan calon dari Barisan Nasional.

Semoga roh Guru kami ini dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin dan siddiqin. Amin... Rehatlah wahai sang murabbi, sesungguhnya perjuangan dan sumbanganmu akan dikenang buat selamanya. Amin

No comments:

Post a Comment