Sunday, September 29, 2013

12 Barisan Manusia



Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: Pada sangkakala ditiup maka kamu sekalian datang berbaris-baris” Surah an-Naba’:18.


Mendengar pertanyaan itu, Baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: “Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….” Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.”Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.”Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. “Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. “Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…


BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.”Mereka adalah orang yang minum arak,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..”


BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…”

Semoga kita semua di saf yang Ke-12 yang mendapat rahmat dari Allah SWT. Amin

Wallahualam. Wassalam.

Thursday, September 26, 2013

Al-Fatihah buat Guru Kami Ustaz Azizan Abdul Razak




Pagi ini, bersamaan 26 september 2013, jam 11.10 pagi, pemimpin berjiwa rakyat dan berjasa besar, Ustaz Azizan telah kembali kepada penciptanya. Pemergian sang murabbi ini ditangisi ribuan penyokong dan pendokong perjuangan Islam di Malaysia. Mari kita kenali Murabbi yang banyak berjasa ini.

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, pernah belajar di Maktab Mahmud pada tahun 1959-1965. Ustaz Azizan berkelulusan Sarjana Muda Syariah dari Universiti al-Azhar dan undang-undang dari Universiti Kent, Canterbury, United Kingdom.
Pengalaman kerjaya

Pengalaman antarabangsa

Muktamar Al-Haj Anjuran All Indian Iranian Association New Delhi, India (1980)
Pembentangan Kertas Kerja di 1st ASEAN Syariah Administration Conference Workshop, Manila (1983)
Persidangan Gerakan Islam Sedunia, Turki (1995)
Persidangan Islam Sedunia, Lubnan (2001)
Conference of South East Asia Islamic Law, ManilaPenulisan antarabangsa
Dirasah Hawla At Tashriq Al Islami, terbitan Kementerian Hal Ehwal Agama Islam Filipina
Introduction to Islamic New Jurisprudence, terbitan Office of Muslim Affair and Cultural Communities, Bandar Quezon, Filipina 1986
Syariah, Adat and Command Low Amongst the Maranoas of Southern Philippines : And Exploratory and Comparative Study, Terbitan Southeast Asian Studies ProgramNGO
AJK Persatuan Bekas Pelajar Melayu Timur Tengah
AJK Persatuan Falak Syarie Malaysia
Ahli Persatuan Syariah Asia Tenggara (South East Asia Association)Politik

Ustaz Azizan pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga merupakan Pengarah Urusan Harakah dan tenaga pengajar di sekolah yang didudukinya iaitu Maktab Mahmud, Alor Setar pada tahun 1966. Beliau pernah menjadi pensyarah pelawat Mindanao State University, Filipina dan pensyarah sambilan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)(1983-1984, 1986-1995). Beliau fasih berbahasa Melayu (loghat Kedah), bahasa Inggeris,bahasa Arab dan bahasa Filipina.

Beliau mula menyertai PAS pada tahun 1978 di England. Pada tahun 1986 bergiat aktif dengan PAS di Malaysia. Beliau merupakan Naib Presiden PAS (2003-2005), Ketua Penerangan PAS Pusat (2001-2003), Ahli Majlis Syura Ulama PAS (1991 hingga kini) Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1993 hingga sekarang) selain menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah (2000 hingga sekarang), Setiausaha Perhubungan PAS Kedah (2000 hingga sekarang) dan mewakili PAS ke MAPEN (1989). Beliau memenangi DUN Sungai Limau (dahulu dikenali sebagai DUN Sala) mulai 1995 hingga 2013 mengalahkan calon dari Barisan Nasional.

Semoga roh Guru kami ini dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin dan siddiqin. Amin... Rehatlah wahai sang murabbi, sesungguhnya perjuangan dan sumbanganmu akan dikenang buat selamanya. Amin

Wednesday, September 25, 2013

Alohaaaa!

Fuh! lama sungguh ambo menyepikan diri dalam dunia blog memblog ni. Ramai yang tertanya-tanya, lama tak update ni sebab kena tangkap dalam ops cantas ke? Mana ada! gua orang baik. Tak de masuk mana-mana geng, kecuali geng mengaji.

Agak2lah berapa belas juta orang yang merindui tulisan ambo nih. Hahahaha... padahal tak de orang bukak pun. biasalah syok sendiri. Tapi syok sendiri kira ok lagi, sebab tidak melibatkan orang lain. Jangan jadi kurang ajar dan biadab sudah. Kan... benda tu melibatkan orang. Silap2 kena bedal dengan orang.

Sehari dua ni, ofis ambo duk geger dengan kes isteri Mat Yo yang dikatakan biadap dengan seorang pengawal keselamatan. Semua duk mengutuk tindakan kurang waras isteri Mat Yo tu. Sekali tengok macam budak bodoh pun ada gak. Lebih malang lagi ambo tengok Mat Yo tak de la plak nak tenangkan isteri dia. Sepatutnya bukan pakcik tu Mat Yo marah, ko kena ajar bini kau tu dulu. Sebagai wanita, jagalah tingkah laku dan jaga maruah suami. Sekarang tak pasal-pasal orang kata Mat Yo tak pandai jaga bini. Tak pandai didik bini. Kan benda tu dah bukak pekung di dada.

Ko sebagai suami, jagalah kelakuan bini kau. Waima pakcik tu yang salah sekalipun, tak patut bini kau tu lebih-lebih. Siap tendang pakcik tu lagi. Jagalah tatasusila sebagai orang wanita. Hish! malu tengok orang perempuan perangai macam tu. Ko duk kata pakcik tu jantan dayus, sekarang ni kita tengok siapa sebenarnya yang dayus. Suami kau ke? ke pakcik tu yang dayus?

malaslah Ambo cakap lebih. Ambo nak fokus game TRW lawan JDT Sabtu ni. Aku nak tengok Mat Yo bawa masuk bini dia dalam stadium. Hahahahaha....

Kata Ambo: Masa Allah bagi senang ni, janganlah berlagak sangat. Sekelip mata je Allah boleh ambik balik. Kalau Allah tarik balik nikmat dia, masa tu menangis air mata darah sekalipun sudah talak guna maaaa...

Mohon tutup aurat yer!