Tuesday, January 10, 2012

Realiti Media



Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."
 

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."
 
 
Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."
 

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."
 

Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."
 

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"
 

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."
 

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"
 

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."
 

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."
 


Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari."

Pencacai sejati

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan gelagat muslimat PAS yang berdemo dihadapan mahkamah semasa perbicaraan DSAI. Kata Utusan, gelagat muslimat PAS itu memalukan. Ambo petik sikit kata Utusan Melayu bertarikh 11 Januari 2012 yang berbunyi:

Menurut laporan di halaman 4, akhbar milik Umno itu berkata meskipun bertudung labuh dengan sebahagian besar mereka berjubah, muslimat PAS itu itu “menyanyi-nyanyi dan bersorak tanpa mempedulikan orang ramai yang memerhatikan aksi mereka”.

“Dengan dipimpin oleh seorang ketua yang memegang pembesar suara, muslimat PAS itu menyanyi-nyanyi dan bersorak tanpa mempedulikan orang ramai yang memerhatikan aksi mereka.

“Lebih memalukan, muslimat PAS itu seolah-olah lupa diri sehingga sanggup mengeluarkan perkataan ''Umno mampus'' malah ada kalangan mereka yang gagal menjaga aurat dengan selamba bersalaman dengan lelaki bukan muhrim,” petik akhbar itu lagi.



Utusan Melayu cuba memperbesarkan isu ini untuk menampakkan keburukan parti PAS yang kononnya tidak berjaya mendidik pengikutnya. Tapi sedarkah Utusan yang berita sedemikian memberikan 'back fire' kepada parti yang UMNO yang mereka agung-agungkan selama ini. Hahahaha... Lawak pulak rasanya. Nak pukul orang, tetapi tak perasan yang sedang pukul BROTHER sendiri. 


Mungkin mereka ingin mengatakan, inikah yang dikatakan perjuangan Islam? Muslimat berperangai sedemikian. Tapi sedarkah mereka, UMNO juga mengatakan bahawa parti mereka juga memperjuangkan Islam! Adakah ini hanya tertakluk kepada PAS. 


Utusan mengatakan, ada di antara muslimat PAS tanpa segan silu bersalam dengan lelaki yang bukan muhrim. Ler! tau rupanya bersalam diantara lelaki dan perempuan itu haram. Cuba check pemimpin UMNO, ada tak yang bersalam dengan lelaki atau wanita bukan muhrim? Kak Fair Lady yang beli cincin yang harga berjuta-juta rupiah tu, pernah tak bersalam dengan lelaki bukan muhrim? 


Malahan Ambo tengok, kak Fair Lady tu bukan sahaja bersalam, malah ada juga berlaga-laga pipi dengan lelaki bukan muhrim. Itu elok ke? Tak berdosa ke? Atau dosa pahala ini hanya kepada orang PAS sahaja. Kalau orang UMNO, ok kot. Tak gitu? 


Ambo malas sebenarnya nak ulas panjang-panjang bab ni. Nak muntah pun ada, nak gelak pun ada. Lu pikirlah sendiri... Hahahaha


Ini yang dinamakan senonoh!

Ini halal!

Ini Tak dosa!

Ini tak memalukan?

Ini Halal!

Ini memang tak memalukan




Kata Ambo: Kalau nak mengampu pun biarlah cerdik sikit. Jangan jadi bodoh sangat! Alahai... Kalau dah bodoh, jangan tunjuk atau mengaku diritu bodoh...

Tuesday, January 3, 2012

Pejuang!

Alamak! Lama suda tak update blog ni. Lagi pun tak ramai yang jenguk blog ni. Hahaha... tak payah nak rajin sangat. Hanya suka-suka dan nak meroyan saja. Lama tak update, tetiba hari ni rasa terpanggil nak mencarut dengan seseorang. Bukan apa, makijn hari ambo tengok, makin galak pulak dia ni. Kononnya dia adalah pejuang bangsa dan agama. Kononnya dialah hero. Dialah wira. Tapi dari pengamatan Ambo, dia hanyalah ahli politik yang gila publisiti.

Ambo petik kata-katanya dalam malaysiakini. Katanya, "Jika saya terpaksa buat laporan mengenai segala-galanya, saya kena buat rumah saya di depan balai polis. Saya ada perkara lain yang perlu dilakukan. Saya ada kerja dan saya juga sibuk seperti Perdana Menteri.

"PERKASA tidak boleh melakukan segala-galanya, jadi biar kita bekerjasama ... jika awak sayangkan negara dan berjuang untuk tadbir urus yang baik, mengapa tunggu PERKASA? Buat laporan dulu dan minta PERKASA menyokongnya, " kata Ibrahim.


Tapi persoalannya, kenapa dia hanya memilih isu untuk didepankan. Isu zakat ni bukan isu agama ke? Kenapa isu ini kecil sangat ke? Makan harta anak yatim ini perkara remeh ke? Tapi jika dilihat, semua isu yang dimainkan oleh Tok Him semuanya isu yang membawa keuntungan kepadanya. Mungkin ada udang disebalik batu. Mungkinlah. 

Senang cerita macam ni Tok Him, dah lama dah Ambo cakap, masuk je UMNO, tak yah ler nak selindung sebagai NGO dan pejuang sangatlah. Serah diri, masuk UMNO balik, dan berjuang dengan UMNO. Itu lagi bagus. Tidak gitu?

                                                   Akulah Pejuang!

Kata Ambo: 
Kita tunggu PRU13. Tok Him nak bertanding atas tiket apa?