Tuesday, June 14, 2011

Jamil Khir: Permohonan murtad 135 orang diluluskan
Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bawah, kiri).

NONEBeliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.
Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.
Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.
Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.
Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.
azlanMengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.


Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.


Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.


"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.
"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agam; dan sokongan Baitulmal," kata Jamil.



Huh! Sedih rasanya Ambo baca artikal ni. Seramai 135 orang telah diluluskan untuk menukar agama (murtad). Apa sudah jadi sekarang? Mana silapnya? Sehinggakan begitu ramai yang telah menukar agama. Itu baru permohonan yang diluluskan, belum lagi yang sedang membuat permohonan. Itu yang buat permohonan, yang tidak membuat permohonan? Yang murtad dalam diam? Apa cerita?

Adakah Islam diambang kehancuran sekarang ini? Sedih! sedih! sedih! Masih ingatkah kita peristiwa Natrah? Ketika itu Natrah hendak dibawa oleh keluarga kandung mereka dan mahu dimurtadkan, berapa ramai orang Islam yang bangkit melawan? berapa orang yang terkorban? tetapi sekarang, bukan seorang yang telah murtad, tetapi berartus-ratus orang. Apa tindakan kita?

Ambo syorkan badan-badan yang mengaku memperjuangkan Islam bangkit menyelesaikan isu ini. Bukan dengan memandang remeh. Kita mesti  bertindak! Sebelum umat Islam semakin lemah dan hancur...

Kata Ambo:
Gerakkan Kumpulan Anti Murtad... Islam mesti dimartabatkan...!

Monday, June 13, 2011

Kekalahan TRW

Pergh! berdarah telinga Ambo hari ni. Masuk je opis terus kena. Alahai... Tapi game 11hb 6 hari tu memang takde luck untuk TRW. Tinggal beberapa saat je nak menang, boleh kalah lagi. Aduh! Tapi Ambo solute ler pemain Kelantan. Walaupun kalah. Kira terbaiklah tu. Kalau Ambo malu, Ambo raso, player Kelantan lagi malu. Tapi itu dah adat bertanding. Ada memang dan ada kalah. Kita cuba lagi walaupun kena kutuk. hish!

Tapi yang Ambo rasa sedikit ralat apabila ramai yang menyalahkan Daud Su. Tapi bagi Ambo, sebenarnya, Daud Su tak bersalah, dia cuba selamatkan gawang Kelantan, tapi apakan daya, dia jadi mangsa keadaan. Bagi Ambo, kesalahan utama ialah kepada penyokong Kelantan sendiri. Sebab DEMO ni lah yang memulakan angkara apabila membaling mercun ke arah gol Terengganu. Akibatnya, permainan terpaksa diberhentikan seketika. Ambo rasa kalau perkara tu tak berlaku, sudah tentu TRW akan menang. Tapi tak mengapa, Piala FA bukan milik kita. Kita cuba lagi tahun depan. Sasaran kita kali ni Juara Liga Super dan Piala Malaysia kalau ada ler!

Walauapapun, teruskan perjuangan. Mantapkan lagi pasukan. TRW pasti bangkit!!!


                                                                 Memang Terbaiklah!

Kata Ambo: Menang kalah, Jatuh Bangun... Tetap bersama TRW...!

Friday, June 10, 2011

Ingat! Tudung Bukan Fesyen!

Semalam, lepas balik kerja, Ambo bawa bini dan anak Ambo ke sebuah supermarket di Bangi. Setelah melesapkan beberapa puluh ringgit duit, Ambo pun keluar dari supermarket. Masa Ambo berjalan keluar, Ambo perasan ada seorang awek duk belakang Ambo. Masa Ambo melintasi satu kumpulan pekerja supermarket tu, Ambo terdengarlah ada brader tu duk tegur awek yang jalan belakang Ambo.

"Ai nak gi mana lawa-lawa ni? Tak keje ke hari ni" brader tu tegur awek belakang Ambo.
"Tak keje. Nak gi tempat kawan kawin ni. Ni nak pegi pilih tudunglah ni," balas awek tu selamba.

Terkejut juga Ambo dengar jawapan awek tu. Ambo pun menoleh ke belakang. Ambo tengok awek tu pakai jubah warna biru tua dan free hair. Wah! pelik ni. Pakai jubah tapi tak pakai tudung. Ambo pun perhatikan awek tu. Dia kemudian berhenti di sebuah kedai. Dia kemudian belek-belek tudung yang bergantung kat situ.

Mak ai! nak pergi makan gulai kawan sanggup beli tudung. Sebab nak gi kawan kawin baru nak beli tudung. Aduh! Ambo ingat kalau tak sebab kawan dia kawin, entah-entah tak ada tudung kot awek tu. Pelik jugak Ambo. Tudung ni hanya dipakai tempat orang kawin je ke? Nak pegi rumah orang kawin baru nak pakai tudung. Satu lagi Ambo tengok orang sekarang, time akad nikah kat masjid pakai tudung bukan main blink-blink lagi, tapi bila bersanding, mak ai... rambut dah macam balung ayam.

Adakah tudung sekarang ini sekadar fesyen? Bukankah tudung ni dituntut oleh agama Islam. Mana-mana wanita yang muslim, wajib memakai tudung. Rambut kan aurat wanita. Bukan hanya untuk berfesyen. Tapi sekarang ni, tudung hanya dipakai pada majlis-majlis tertentu sahaja. Tu pun pakai tutup sikit je. Jambul keluar juga. Benda macam ni dah jadi trend.

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].
Tahukah mereka ni, pemakaian tudung adalah wajib. Ada juga yang pertikaikan, mana ada di dalam al-Quran yang mengatakan perempuan wajib bertudung. Tak ada pun perkataan tudung di dalam al-Quran. Memang ler. Dalam Quran tak cakap suruh bertudung, tapi dalam Quran suruh perempuan mengulurkan hijabnya. Hijab tu tudung ler. Aduh!

Lepas tu, ada plak nak pakai tudung, tapi macam-macam. Pakai seluar pendek, tudung pendek. Semua ni fesyen la tu. Kononnya urban, moden. Dia tak tahu api neraka dah tunggu nak bakar dia nanti. Lagi panas beb! kalau kata sekarang ni panas nak pakai tudung, tunggu ler nanti. Api neraka lagi panas. huh!

3 jenis tudung
Tudung ni ada tiga jenis. Ada tudung Yahudi, tudung Nasrani, dan tudung Muslimah.

Tudung Yahudi: Tudung ni selalu kita lihat apabila perempuan gi ke pasar, pasar. Dia pakai tudung, tapi ikat ke belakang. Hanya tutup kepala sahaja. Ala sister Kristian.

Tudung Nasrani: Tudung Nasrani ni jenis tudung pendek. walaupun dia pakai tudung, tapi bonggol UNTA tu nampak juga. Jenis ni banyak sekarang.

Tudung Muslimah: Tudung muslimah, ialah mereka yang melabuhkan tudung mereka ke bawah paras dada. Ala-ala ustazah. Tapi tudung macam ni anak muda tak nak pakai. katanya KG(kampung). KG pun tak pe, janji ikut syariat Allah. Tak gitu!

Jadi sama-sama kita fikirkanlah. Kalau ada anak dan juga adik beradik. Bagi taulah mereka. Tudung ini bukan fesyen! Ingat!

Kata Ambo:
Ambo penah jumpa seorang awek ni, pakai tudung, tapi pakai skirt atas pada lutut. Pergh! Rasa nak lempang rasanya. Main-mainkan hukum Allah. Memang dia manusia paling GEDEBE sebab lawan Allah.


Kan lawa kalau pakai macam ni!

Wednesday, June 8, 2011

Syabas Kaki Korek

Hurm! baru-baru ni, dua hari rumah Ambo tidak ada air disebabkan katanya ada penyelenggaraan di loji Hulu Langat. Disebabkan itu, kawasan Hulu Langat, Kajang, dan Sungai Ramal tidak ada air. Dah la tak ada notis, tau-tau je bukak kepala paip, air tak ada. Hangin jugaklah Ambo. Bangun pagi nak gi kerja, air tak ada. Nasib baik ler rumah Ambo ada tong simpanan air. Tu pun tak banyak.

Apa lagi, kena catu ler air. hish! Mandi pun tak puas rasanya. Kalau ikutkan hati, nak saja Ambo habiskan semua air di dalam tong. Ye la, mandi pun kena catu. Kalau habiskan, mau mengamuk bini Ambo. Hahaha! Tau la kalau bentara guru mengamuk macam mana. Mau berdarah telinga.

Ambo ingatkan sehari je, rupanya dua hari. Pergh! Memang lagi sikit ler Ambo kena basuh tubuh. Nak mandi tak ler kisah sangat, tapi kalau nak membuang sisa-sisa macam mana? Tak puas tu. Kalau tak basuh betul-betul, mau bersemut. hahaha... lagilah haru. Malam tu terpaksalah Ambo membeli beberapa tong air yang jual tepi jalan tu. Kalau tak ada yang tu kang, maknanya, tak mandi ler Ambo esok.

Tapi yang paling best sekali, Ambo telefon ler talian bebas tol syabas. Nak tanya ler bila ada air. Sekurang-kurangnya kita leh bajet berapa lama air leh guna. Tapi... sejuta kali call pun memang tak ada orang angkat. Jawapannya sama... Harap maaf pegawai kami sedang lagi sibuk... sampai kesudah jawapannya itu. Ambo rasa kalau nak cakap benda tu baik tak yah buat talian bebas tol. Menyusahkan je. Bagi harapan kat orang. Orang call langsung tak nak jawap. Pe kebendooo ler... hangin jugak Ambo.

Malam hari kedua baru ler air ada. Lega rasanya apabila dengar bunyi titisan air masuk ke dalam tong. Barulah boleh mandi puas-puas lepas ni. Tapi Ambo ingatkan air tu akan bertahan lama, keesokan harinya, air tak ada plak. Aduh! Tak kan tak siap lagi penyelenggaraan loji. Tekanan beb air tak ada.

Petang tu Ambo keluar nak pegi beli makanan. Keluar sahaja simpang, Ambo tengok ada KERETA SODOK ada depan tu. Tengok-tengok ada tulis papan tanda, kerja baik pulih Syabas. Aduh! patutlah tak ada air. Ada kerja pengorekan ler pulak depan rumah. Hish! Hari tuh dah korek, hari ni korek lagi. Aduyai. Jalan ke rumah Ambo habis berlubang. Sana korek, sini korek.

Susah! Semua nak korek... lepas syabas abis korek, datang TNB, korek plak, habis TNB, JKR pulak korek. Patutlah jahanam semua jalan. Nak suruh baiki tak tau bila la nak baiki. Yang menanggung derita, kita ler. Habis jahanam kereta. Sana lubang, sini lubang!

Kata Ambo:
Apa la orang kita ni suka sangat korek-korek dengan lubang ni... hurm!

Tuesday, June 7, 2011

Aku Anak Kelantan!





walau teriknya mentari..
tak bermakna bumi menjadi gersang..
walau lebatnya hujan..
belum tentu daratan tenggelam...
sekencang mana bertiupnya taufan
... belum tentu pohonnya tumbang...
AKU ANAK KELANTAN...
pantaiku pernah diterjah tentera merah
Tok Janggutku digantung
kerna menentang penjajah
Saadongku diculik kerana nafsu serakah
tapi KELANTANKU TIDAK REBAH
jauh sekali untuk MENYERAH KALAH....
AKU ANAK KELANTAN...
gomo kelate gomo...
Petikan dari Facebook Anak Kelantan

Monday, June 6, 2011

Alhamdulillah! Kejayaan untuk Red Warrior!

Seronok rasanya pagi ini melangkah masuk ke pejabat apabila TRW menang semalam. Kalau kalah semalam, maka akan haru birulah hidup Ambo harini menjadi bahan ejekan kawan-kawan. Tambah-tambah pula, pasukan The Red Giant mengganas semalam apabila menumbangkan Perlis 7-1. Pergh! Ganas sangat!!!! hahahaha! tapi sejarah kena 5-1 dengan TRW sudah terpahat. Kui kui kui... jangan marah aaaaa!!!

Melalui pengamatan Ambo semalam, permainan TRW sangat bertenaga pada 20 minit awal, tetapi mulai hambar pada minit ke seterusnya. Setelah mendapat satu jaringan melalui Mohd Izuan, TRW kelihatan mempelahankan rentak permainan. Dah berderau darah Ambo masa tu. Tetapi syabas diucapkan kepada pemain pertahanan TRW kerana berjaya mematahkan banyak serangan  Sang Penyu. Bukan senang Ambo nak lihat pemain pertahanan TRW main macam semalam. Semalam memang sungguh kental. Kelas gitew!

Penyerang berbisa TRW memang tidak menghampakan apabila menjaringkan dua gol. Pemain yang menjadi kebanggaan TRW, NorShahrul Idlan Talaha @ Mat Yo memang patut diberikan kepujian kerana bijak mencuri peluang menambahkan gol.

Tapi Ambo agak kecewa la semalam, sebab pemain yang Ambo minat, Piya tenggelam semalam. S. Chanturu juga tidak banyak memberikan aksi menarik semalam. Aduh! Tapi tak mengapa. Kemenangan 3-0 semalam sudah cukup. Itu pun dah kira baik. Dari ruyup! hahahaha... Tapi Ambo memang solute Irfan Bakti. Sejak dia pegang pasukan Terengganu, Skuad Penyu dah banyak meningkat. Cayalah Penyu! Lepas ni Ambo nak mintak Irfan Bakti balik ke Kelantan pula. Curahkan Ilmunya di Kelantan. Apa-apa pun syabas untuk TRW. Semalam baru game liga super. Tunggu Final 11 Jun 2011 ini... Moga-moga kejayaan semalam dapat menyuntik semangat pemain TRW untuk mengekalkan kejuaraan!

Ops! lupa. Ambo juga nak ucapkan jutaan syabas kepada pemain ke 12 TRW iaitu penyokong dan Ultras TRW kerana sentiasa memberikan sokongan kepada pemain-pemain dan juga Ambo tengok sekarang ini, awok-awok penyokong sudah profesional. Lepas ni tak ada siapa lagi yang boleh labelkan penyokong Kelantan sebagai GANAS!!!!!!!!! Yahooooo!!!

Kata Ambo:
N. Sembilan pun mengganas juga semalam. Selamat bangkit pasukan N. Sembilan.

                                                         GOMO KELATE GOMO!

Wednesday, June 1, 2011

Jangan Lupakan Kami

Pagi-pagi semasa masuk pejabat seperti biasalah, Ambo akan menyelak dulu surat khabar dan juga media-media di dalam internet. Semasa menyelak akhbar sisipan Mega, Ambo tertarik dengan artikal yang bertajuk, "Orang Kerdil yang Dilupakan" yang ditulis oleh kawan Ambo iaitu Ahmad Syahril Zulkeply. Isu yang cuba diketengahkan adalam mengenai manusia yang mempunyai masalah fizikal yang renek, rendang, pendek, ataupun kecik.

Mungkin kita sendiri telepas pandang mengenai orang-orang yang mempunyai fizikal sedemikian. Ada juga diantara kita yang memandang sinis serta menjadikan golongan seperti ini bahan lawak untuk ditertawakan. Ada yang menggelarkannya sebagai bozailah, paling comel, katik, dan sebagainya. Tetapi, sedarkah kita, kata-kata itu bukan sahaja menyinggung perasaan mereka, malah, ianya adalah menghina ciptaan Allah!

Kerdil ataupun normal bukanlah satu yang dinilai disisi Allah, tetapi amal dan juga kebajikan. Namun demikian, sebagai manusia kita tidak boleh lari dari hal ini. Seperti selalu kita dengar, sebagai manusia kita tidak boleh lari dari kesilapan. Memang benar. Kita akan menjadikan sesuatu itu bahan ketawa ataupun ejekan sekiranya kita merasakan sesuatu itu luar dari perkara normal.

Bagi Ambo, mereka ini lebih mulia sebenarnya dari manusia normal. Mereka itu tidak ada kurangnya dari orang lain. Pemikiran dan juga perasaan mereka adalah sama. Sudah-sudahlah mereka ini menjadi bahan ketawa dan lawak. Walhal yang mengejek dan ketawa itu lagi teruk dari mereka ini.

Pernahkah kita dengar sebelum ini golongan kerdil ini melakukan perkara jenayah dan sosial? adakah kita penah dengar golongan ini merempit! Merompak! Merogol! Membunuh! Membuang bayi! Tidak pernahkan? Ini menunjukkan akhlak mereka lebih baik dari manusia normal seperti kita. Kita sepatutnya malu dengan orang seperti ini.

Golongan ini juga mempunyai daya saing yang sangat kuat. Mereka tidak pernah meminta-minta dan juga menjadikan faktor kekurangan mereka sebagai alasan untuk mereka mengemis kasihan orang. Berapa ramai kita jumpa golongan seperti ini yang mengemis dijalanan? Malah yang selalu kita lihat, golongan ini berniaga di pasar-pasar malam untuk mencari pendapatan mereka. Syabas Ambo ucapkan kepada golongan ini.



Kata Ambo:
Ambo pernah melihat seorang brader kerdil berniaga ayam bakar di pasar malam Kerinchi. Dari dulu sehingga sekarang brader itu berniaga di situ. Peace!

Salam Perkenalan

Assalamualaikum!
Salam ukhwah dan salam perkenalan terlebih dahulu Ambo hulurkan kepada rakan-rakan yang sudi mengunjungi ke blog Ambo ni. Blog ini hanyalah sekadar luahan hati dan juga pemikiran peribadi Ambo sendiri. Orang berblog Ambo pun cubalah juga untuk berblog. InsyaAllah, dalam blog ini Ambo akan cuba ketengahkan semua isu, tidak kira isu semasa, jenayah, sosial,  ekonomi, dan juga politik. Jom berblog dengan Ambo...