Wednesday, June 8, 2011

Syabas Kaki Korek

Hurm! baru-baru ni, dua hari rumah Ambo tidak ada air disebabkan katanya ada penyelenggaraan di loji Hulu Langat. Disebabkan itu, kawasan Hulu Langat, Kajang, dan Sungai Ramal tidak ada air. Dah la tak ada notis, tau-tau je bukak kepala paip, air tak ada. Hangin jugaklah Ambo. Bangun pagi nak gi kerja, air tak ada. Nasib baik ler rumah Ambo ada tong simpanan air. Tu pun tak banyak.

Apa lagi, kena catu ler air. hish! Mandi pun tak puas rasanya. Kalau ikutkan hati, nak saja Ambo habiskan semua air di dalam tong. Ye la, mandi pun kena catu. Kalau habiskan, mau mengamuk bini Ambo. Hahaha! Tau la kalau bentara guru mengamuk macam mana. Mau berdarah telinga.

Ambo ingatkan sehari je, rupanya dua hari. Pergh! Memang lagi sikit ler Ambo kena basuh tubuh. Nak mandi tak ler kisah sangat, tapi kalau nak membuang sisa-sisa macam mana? Tak puas tu. Kalau tak basuh betul-betul, mau bersemut. hahaha... lagilah haru. Malam tu terpaksalah Ambo membeli beberapa tong air yang jual tepi jalan tu. Kalau tak ada yang tu kang, maknanya, tak mandi ler Ambo esok.

Tapi yang paling best sekali, Ambo telefon ler talian bebas tol syabas. Nak tanya ler bila ada air. Sekurang-kurangnya kita leh bajet berapa lama air leh guna. Tapi... sejuta kali call pun memang tak ada orang angkat. Jawapannya sama... Harap maaf pegawai kami sedang lagi sibuk... sampai kesudah jawapannya itu. Ambo rasa kalau nak cakap benda tu baik tak yah buat talian bebas tol. Menyusahkan je. Bagi harapan kat orang. Orang call langsung tak nak jawap. Pe kebendooo ler... hangin jugak Ambo.

Malam hari kedua baru ler air ada. Lega rasanya apabila dengar bunyi titisan air masuk ke dalam tong. Barulah boleh mandi puas-puas lepas ni. Tapi Ambo ingatkan air tu akan bertahan lama, keesokan harinya, air tak ada plak. Aduh! Tak kan tak siap lagi penyelenggaraan loji. Tekanan beb air tak ada.

Petang tu Ambo keluar nak pegi beli makanan. Keluar sahaja simpang, Ambo tengok ada KERETA SODOK ada depan tu. Tengok-tengok ada tulis papan tanda, kerja baik pulih Syabas. Aduh! patutlah tak ada air. Ada kerja pengorekan ler pulak depan rumah. Hish! Hari tuh dah korek, hari ni korek lagi. Aduyai. Jalan ke rumah Ambo habis berlubang. Sana korek, sini korek.

Susah! Semua nak korek... lepas syabas abis korek, datang TNB, korek plak, habis TNB, JKR pulak korek. Patutlah jahanam semua jalan. Nak suruh baiki tak tau bila la nak baiki. Yang menanggung derita, kita ler. Habis jahanam kereta. Sana lubang, sini lubang!

Kata Ambo:
Apa la orang kita ni suka sangat korek-korek dengan lubang ni... hurm!

No comments:

Post a Comment