Monday, June 6, 2011

Alhamdulillah! Kejayaan untuk Red Warrior!

Seronok rasanya pagi ini melangkah masuk ke pejabat apabila TRW menang semalam. Kalau kalah semalam, maka akan haru birulah hidup Ambo harini menjadi bahan ejekan kawan-kawan. Tambah-tambah pula, pasukan The Red Giant mengganas semalam apabila menumbangkan Perlis 7-1. Pergh! Ganas sangat!!!! hahahaha! tapi sejarah kena 5-1 dengan TRW sudah terpahat. Kui kui kui... jangan marah aaaaa!!!

Melalui pengamatan Ambo semalam, permainan TRW sangat bertenaga pada 20 minit awal, tetapi mulai hambar pada minit ke seterusnya. Setelah mendapat satu jaringan melalui Mohd Izuan, TRW kelihatan mempelahankan rentak permainan. Dah berderau darah Ambo masa tu. Tetapi syabas diucapkan kepada pemain pertahanan TRW kerana berjaya mematahkan banyak serangan  Sang Penyu. Bukan senang Ambo nak lihat pemain pertahanan TRW main macam semalam. Semalam memang sungguh kental. Kelas gitew!

Penyerang berbisa TRW memang tidak menghampakan apabila menjaringkan dua gol. Pemain yang menjadi kebanggaan TRW, NorShahrul Idlan Talaha @ Mat Yo memang patut diberikan kepujian kerana bijak mencuri peluang menambahkan gol.

Tapi Ambo agak kecewa la semalam, sebab pemain yang Ambo minat, Piya tenggelam semalam. S. Chanturu juga tidak banyak memberikan aksi menarik semalam. Aduh! Tapi tak mengapa. Kemenangan 3-0 semalam sudah cukup. Itu pun dah kira baik. Dari ruyup! hahahaha... Tapi Ambo memang solute Irfan Bakti. Sejak dia pegang pasukan Terengganu, Skuad Penyu dah banyak meningkat. Cayalah Penyu! Lepas ni Ambo nak mintak Irfan Bakti balik ke Kelantan pula. Curahkan Ilmunya di Kelantan. Apa-apa pun syabas untuk TRW. Semalam baru game liga super. Tunggu Final 11 Jun 2011 ini... Moga-moga kejayaan semalam dapat menyuntik semangat pemain TRW untuk mengekalkan kejuaraan!

Ops! lupa. Ambo juga nak ucapkan jutaan syabas kepada pemain ke 12 TRW iaitu penyokong dan Ultras TRW kerana sentiasa memberikan sokongan kepada pemain-pemain dan juga Ambo tengok sekarang ini, awok-awok penyokong sudah profesional. Lepas ni tak ada siapa lagi yang boleh labelkan penyokong Kelantan sebagai GANAS!!!!!!!!! Yahooooo!!!

Kata Ambo:
N. Sembilan pun mengganas juga semalam. Selamat bangkit pasukan N. Sembilan.

                                                         GOMO KELATE GOMO!

No comments:

Post a Comment