Friday, June 10, 2011

Ingat! Tudung Bukan Fesyen!

Semalam, lepas balik kerja, Ambo bawa bini dan anak Ambo ke sebuah supermarket di Bangi. Setelah melesapkan beberapa puluh ringgit duit, Ambo pun keluar dari supermarket. Masa Ambo berjalan keluar, Ambo perasan ada seorang awek duk belakang Ambo. Masa Ambo melintasi satu kumpulan pekerja supermarket tu, Ambo terdengarlah ada brader tu duk tegur awek yang jalan belakang Ambo.

"Ai nak gi mana lawa-lawa ni? Tak keje ke hari ni" brader tu tegur awek belakang Ambo.
"Tak keje. Nak gi tempat kawan kawin ni. Ni nak pegi pilih tudunglah ni," balas awek tu selamba.

Terkejut juga Ambo dengar jawapan awek tu. Ambo pun menoleh ke belakang. Ambo tengok awek tu pakai jubah warna biru tua dan free hair. Wah! pelik ni. Pakai jubah tapi tak pakai tudung. Ambo pun perhatikan awek tu. Dia kemudian berhenti di sebuah kedai. Dia kemudian belek-belek tudung yang bergantung kat situ.

Mak ai! nak pergi makan gulai kawan sanggup beli tudung. Sebab nak gi kawan kawin baru nak beli tudung. Aduh! Ambo ingat kalau tak sebab kawan dia kawin, entah-entah tak ada tudung kot awek tu. Pelik jugak Ambo. Tudung ni hanya dipakai tempat orang kawin je ke? Nak pegi rumah orang kawin baru nak pakai tudung. Satu lagi Ambo tengok orang sekarang, time akad nikah kat masjid pakai tudung bukan main blink-blink lagi, tapi bila bersanding, mak ai... rambut dah macam balung ayam.

Adakah tudung sekarang ini sekadar fesyen? Bukankah tudung ni dituntut oleh agama Islam. Mana-mana wanita yang muslim, wajib memakai tudung. Rambut kan aurat wanita. Bukan hanya untuk berfesyen. Tapi sekarang ni, tudung hanya dipakai pada majlis-majlis tertentu sahaja. Tu pun pakai tutup sikit je. Jambul keluar juga. Benda macam ni dah jadi trend.

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].
Tahukah mereka ni, pemakaian tudung adalah wajib. Ada juga yang pertikaikan, mana ada di dalam al-Quran yang mengatakan perempuan wajib bertudung. Tak ada pun perkataan tudung di dalam al-Quran. Memang ler. Dalam Quran tak cakap suruh bertudung, tapi dalam Quran suruh perempuan mengulurkan hijabnya. Hijab tu tudung ler. Aduh!

Lepas tu, ada plak nak pakai tudung, tapi macam-macam. Pakai seluar pendek, tudung pendek. Semua ni fesyen la tu. Kononnya urban, moden. Dia tak tahu api neraka dah tunggu nak bakar dia nanti. Lagi panas beb! kalau kata sekarang ni panas nak pakai tudung, tunggu ler nanti. Api neraka lagi panas. huh!

3 jenis tudung
Tudung ni ada tiga jenis. Ada tudung Yahudi, tudung Nasrani, dan tudung Muslimah.

Tudung Yahudi: Tudung ni selalu kita lihat apabila perempuan gi ke pasar, pasar. Dia pakai tudung, tapi ikat ke belakang. Hanya tutup kepala sahaja. Ala sister Kristian.

Tudung Nasrani: Tudung Nasrani ni jenis tudung pendek. walaupun dia pakai tudung, tapi bonggol UNTA tu nampak juga. Jenis ni banyak sekarang.

Tudung Muslimah: Tudung muslimah, ialah mereka yang melabuhkan tudung mereka ke bawah paras dada. Ala-ala ustazah. Tapi tudung macam ni anak muda tak nak pakai. katanya KG(kampung). KG pun tak pe, janji ikut syariat Allah. Tak gitu!

Jadi sama-sama kita fikirkanlah. Kalau ada anak dan juga adik beradik. Bagi taulah mereka. Tudung ini bukan fesyen! Ingat!

Kata Ambo:
Ambo penah jumpa seorang awek ni, pakai tudung, tapi pakai skirt atas pada lutut. Pergh! Rasa nak lempang rasanya. Main-mainkan hukum Allah. Memang dia manusia paling GEDEBE sebab lawan Allah.


Kan lawa kalau pakai macam ni!

No comments:

Post a Comment