Wednesday, June 1, 2011

Jangan Lupakan Kami

Pagi-pagi semasa masuk pejabat seperti biasalah, Ambo akan menyelak dulu surat khabar dan juga media-media di dalam internet. Semasa menyelak akhbar sisipan Mega, Ambo tertarik dengan artikal yang bertajuk, "Orang Kerdil yang Dilupakan" yang ditulis oleh kawan Ambo iaitu Ahmad Syahril Zulkeply. Isu yang cuba diketengahkan adalam mengenai manusia yang mempunyai masalah fizikal yang renek, rendang, pendek, ataupun kecik.

Mungkin kita sendiri telepas pandang mengenai orang-orang yang mempunyai fizikal sedemikian. Ada juga diantara kita yang memandang sinis serta menjadikan golongan seperti ini bahan lawak untuk ditertawakan. Ada yang menggelarkannya sebagai bozailah, paling comel, katik, dan sebagainya. Tetapi, sedarkah kita, kata-kata itu bukan sahaja menyinggung perasaan mereka, malah, ianya adalah menghina ciptaan Allah!

Kerdil ataupun normal bukanlah satu yang dinilai disisi Allah, tetapi amal dan juga kebajikan. Namun demikian, sebagai manusia kita tidak boleh lari dari hal ini. Seperti selalu kita dengar, sebagai manusia kita tidak boleh lari dari kesilapan. Memang benar. Kita akan menjadikan sesuatu itu bahan ketawa ataupun ejekan sekiranya kita merasakan sesuatu itu luar dari perkara normal.

Bagi Ambo, mereka ini lebih mulia sebenarnya dari manusia normal. Mereka itu tidak ada kurangnya dari orang lain. Pemikiran dan juga perasaan mereka adalah sama. Sudah-sudahlah mereka ini menjadi bahan ketawa dan lawak. Walhal yang mengejek dan ketawa itu lagi teruk dari mereka ini.

Pernahkah kita dengar sebelum ini golongan kerdil ini melakukan perkara jenayah dan sosial? adakah kita penah dengar golongan ini merempit! Merompak! Merogol! Membunuh! Membuang bayi! Tidak pernahkan? Ini menunjukkan akhlak mereka lebih baik dari manusia normal seperti kita. Kita sepatutnya malu dengan orang seperti ini.

Golongan ini juga mempunyai daya saing yang sangat kuat. Mereka tidak pernah meminta-minta dan juga menjadikan faktor kekurangan mereka sebagai alasan untuk mereka mengemis kasihan orang. Berapa ramai kita jumpa golongan seperti ini yang mengemis dijalanan? Malah yang selalu kita lihat, golongan ini berniaga di pasar-pasar malam untuk mencari pendapatan mereka. Syabas Ambo ucapkan kepada golongan ini.



Kata Ambo:
Ambo pernah melihat seorang brader kerdil berniaga ayam bakar di pasar malam Kerinchi. Dari dulu sehingga sekarang brader itu berniaga di situ. Peace!

No comments:

Post a Comment