My Hero |
Masuk opis pagi ni mata kuyu je. Rasa sayang sangat nak buka mata luas-luas. Kalau ada port menarik, mahu je rasanya meLANDINGkan diri. Capai sahaja paper, terus baca tajuk utama. Kakitangan kerajaan dapat bonus. Dan2 tu juga mata terus terbuka luas. Hampeh! Dapat bonus la pulak pekerja kerajaan. Opis aku ni bila pulak nak bagi bonus. Opis sebelah pun dapat stengah bulan. Opis aku... hadoooo...
Alo boss, bagi la cikit bosss... cikit pun tak pe la. Janji boleh lepas minyak kreta balik kampang sudah. Aduh! Tapi Ambo dapat membaca satu tersirat apabila membaca surat khabar pagi ini. Apabila kerajaan sudah memberi bonus kepada kakitangan mereka, ini adalah satu petanda. Petanda, mungkin pilihanraya akan diadakan tahun ini. Tak percaya. Nanti kita lihat.
Biasala beb, kena bodek orang bawah dulu. Bagi bonus. Sebelum ni ada ke kakitangan kerajaan dapat bonus raya? Ada ke? Ada ke? Ni cara nak senangkan hati orang yang kerja gomen. Ko ingat dengan bodek macam ni pangkah mereka akan bertukar? Hahaha... wait and see.
Tapi apa pun untung ler orang kerja gomen sekurang-kurangnya dapat juga bonus. Hish! Nak dengki tak baik bulan-bulan posa ni. Sabau je lah... Bossssssss bagi ler bonus rayaaaaaaa!!!
Kata Ambo:
Bagi la boss bonus raya. Tak leh bagi setengah bulan, bagi sbulan stengah pun tak pe... Ambo terima jeerrr...
No comments:
Post a Comment