Friday, August 5, 2011

Aliran di Malaysia

Semalam Ambo ada post satu status kat wall facebook Ambo. Status dia lebih kurang begini bunyinya... " Apa komen anda tentang Syiah dan Wahabi"... Selepas itu bertalu-talu kawan-kawan Ambo komen. Orang yang pertama komen ialah Cik Zin Mahmud. Pengarang Mingguan. Kata Cik Zin kedua-dua itu adalah fahaman yang mengarut.

Tetiba ada pulak member Ambo bernama Afiq masuk dengan menyinga. Katanya siapa yang tentukan aliran ini mengarut. Dan tambah Afiq lagi, Wahabi adalah bukan satu fahaman, tetapi ia adalah satu konsep untuk menyucikan bidaah. Hurm! Ambo pun jadi pelik juga. Tak tahu nak cakap macam mana.

Sebab yang menjadi persoalan, di Malaysia kita mengamalkan Sunnah Wal Jamaah. Kita juga cuba menidakkan kewujudan Syiah dan Wahabi. Selain itu, dalam fikiran kita juga telah di setkan bahawa Syiah dan Wahabi adalah satu ajaran yang terpesong. Apa yang bermain di dalam fikiran Ambo ialah, benarkah mereka ini sesat dan terpesong?

Jika dilihat, hampir 90% umat Islam di Pakistan, India dan beberapa negara di Timur Tengah, semuanya penganut Syiah. Dan Syiah mempunyai penganut yang sangat besar. Kenapa kita katakan mereka semua itu adalah saudara kita, tetapi dalam masa yang sama kita mengatakan mereka itu sesat kerana menganuti Syiah? Mereka juga mengucap dua kalimah syahadah. Mereka juga bertauhid atas satu iaitu Allah. Cuma tidak dinafikan ada golongan Syiah yang ekstrem. Itu soal lain.

Sedar atau tidak 80% penduduk Islam di Mekah sekarang adalah Wahabi. Dan Imam besar Mekah juga Wahabi. Persoalan ini timbul apabila, Ambo mendapat tahu, imam keempat Masjidilharam datang ke Malaysia untuk berterawih di Utusan Chan Saw lin. Semua teruja apabila dapat memakmumkan dibelakang Imam Mekah ini. Tapi sedarkah mereka yang Imam itu penganut Wahabi?

Kenapa kita katakan mereka ini sesat, tetapi kita pula yang beriya-iya mengagungkan mereka. Pelik bukan? Bukan kita untuk menentukan atau menghukum satu aliran itu betul atau salah. Dan juga bukan kita untuk menghukum orang itu Islam atau kafir. Cuma apa yang Ambo dapat katakan, mereka mengucap dua kalimah syahadah, dan Mengaku bahawa Allah itu satu, kita anggaplah mereka ini Islam dan saudara kita. Tidak perlulah bergaduh mengenai hal ini.

Cuma, mungkin di Malaysia ini, kita sejak kecil lagi sudah dididik dengan  aliran Sunnah Wal Jamaah. Sunnah Wal Jamaah lebih serasi serta ideal dengan penduduk di Malaysia. Hal ini terbukti jika dilihat tidak pernah timbul sebarang kekacauan atau tentangan  sepanjang aliran Sunnah ini dijalankan di Malaysia. Yang menjadi kebimbangan sekarang, sekiranya ketiga-tiga ini bertebaran di Malaysia, Ambo risau akan berlakunya perpecahan. Nauzubillah!

Allah adalah Satu!


Pesan Ambo:
Tak yahlah nak kondem aliran itu atau aliran ini. Yakinlah dengan apa yang AWOK belajar. Tapi sedikit sebanyak, ilmu-ilmu ini perlu juga diambil tahu supaya tidak ada kekeliruan dan dapat mengenal yang mana Intan dan Kaca... Dop Gitu!

Ini adalah pandangan peribadi Ambo sahaja.

No comments:

Post a Comment