Wednesday, September 28, 2011
Memori Pejabat Pos!
Pagi tadi, Ambo pergi ke pejabat Pos untuk membayar bil-bil yang sekian lama tertunggak. Tu pun tak bayar habis, bayar yang semasa je. Hahaha... maklum ler gaji kecik, tapi hidup nak mewah. Macam tu lah jadinya. Bukan mewah tara mana pun. Berpada-pada ler. Kadang2 ada jugak miss kan. Bila dah miss tu yang liat nak bayar.
Tapi Ambo bukan nak cerita pasal bil tertunggak, Ambo nak cerita suasana dipejabat Pos. Macam biasalah, pejabat pos di jalan enam, Bandar Baru Bangi memang tak penah sunyi dengan orang ramai. Penuh. Berduyun-duyun. Dan dah masuk waktu tengah hari, macam-macam bau yang keluar. Semuanya menusuk-nusuk hidung. Memang A+++ bau dia. Hahahaha...
Sedang Ambo tunggu giliran, Ambo perhatikanlah seorang pakcik yang umur dia lebih kurang 50 an atau 60 an gitu. Masih tegap dan sihat. Tak tahu kenapa Ambo rasa nak tengok pakcik tu duk sorang-sorang. Ambo pun dengan baik hatinya duduk ler sebelah pakcik tu, dan duduk bersembang dengan dia. Ambo tanya dia, lambat lagi ke nombor pakcik?
"Lambat lagi. Tak pa. Lagi lambat lagi bagus," balas pakcik tu. Ambo pelik dengan jawapan pakcik tu. Kenapa pula. Orang lain semua nak cepat. Kalau boleh masuk je pejabat pos terus nak selesaikan urusan je. Ambo tanya pakcik tu, kenapa dia suka lambat2? Ada cikaro baik ke kat situ?
"Biasalah. Orang dah pencen macam pakcik ni tak yah nak cepat-cepat. Duduk sini, sat lagi ada la tu kawan mai,:" kata pakcik tu sambil tersenyum. Baru je pakcik tu habiskan kata-kata, datang seorang lagi lelaki tua lebih kurang sebaya dengannya. Tapi pakcik ini lagi segak dan hensem.
"Apa habaq Haji? Sihat ka? lama tak jumpa." tegur pakcik yang baru datang itu. Mereka pun bersembang sakan. Sambil menanti nombor giliran, Ambo cur-curi dengar perbualan mereka. Cerita mereka banyak berkisar kepada kawan-kawan lama mereka. Ada yang dah meninggal, dan ada yang sudah pindah. Sedih juga Ambo dengar. Lama tak jumpa, tahu-tahu dah meninggal.
Tidak lama lepas tu datang pulak pakcik lain. Bukan main sakan lagi mereka bersembang. Ambo duk senyum-senyum kambing sebelah tu. Ada topik baik Ambo menyampuk juga. Ambo rasa dalam masa setengah jam Ambo duduk situ, ada 4 orang kawan pakcik tu datang bersembang dengan dia. Bukan main riuh lagi bercerita kisah-kisah orang lama nih. Naik seronok jugak Ambo dengar.
Lepas tu baru Ambo terfikir, kenapa pakcik tu suka duk lama-lama kat situ. Rupanya tunggu kawan. Hurm! Barulah Ambo dapat rasakan, pejabat pos ni bukan sahaja tempat membayar bil dan menghantar surat, tapi ia adalah satu tempat di mana orang tua-tua yang dah pencen bertemu kawan-kawan lama mereka. Ialah mereka sudah tidak bekerja. Jadi banyaklah masa mereka duduk di situ. Sambil menunggu kawan-kawan mereka.
Sebelum Ambo bangun untuk ke kaunter, pakcik itu berkata kepada Ambo," sebab tu pakcik nak duk lama-lama sini. Boleh jumpa kawan. Time awal bulan macam ni memang ramai kawan yang sebaya ngan pakcik mai sini bayaq bil. Ni lah masa nak jumpa kawan-kawan. Tu pun ada dah kawan yang dah meninggal. Biasalah. Orang macam pakcik ni, nak jumpa kawan, kalau tak di pejabat pos, satu lagi di hospital," kata pakcik tu sambil menepuk bahu Ambo.
Kata Ambo:
Kalau pergi pejabar pos dan nampak pakcik-pakcik duk sakan bersembang, buat tak tahu jelah. Itu dah memang satu dari aktiviti mereka. Biarkan mereka bercerita...Peace!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
biase la ambo.. nt klau gua dah pencen pun camtu gak... lepak2 jumpa member.. tp kat bank ler.. tak main ler pejabt pos.. huhuhuu
ReplyDeleteHahahaha... Penanggah memang ler... banyak duit... masyukkkk!!! Jumpa kat bank jadi jaga ke apa? hahahaha
ReplyDelete