Ambo panas dengar cerita polis yang tak sedar diri ni. Ambo tahu ler lu ada kuasa, tapi jangan ler macam tu. Lu salah, lu kena terima, lu jangan ingat apa yang lu buat semuanya betul. Lu jangan ingat orang biasa ni macam anjing lu. Suka hati nak sepak, suka hati nak tampar.
Ambo bukan anti polis. Member Ambo pun ramai polis. Yang Ambo geramkan ialah polis yang tidak sedar diri. Rasa diri mereka hebat bila pakai uniform. Lu pun manusia, ada hati dan perasaan, tak kan tak boleh pikir mana baik dan mana buruk. Tidak semua polis macam tu. Ada juga polis yang baik. Polis yang benar-benar berkhidmat untuk masyarakat. Ambo tak kata semua ek. Jangan ada plak abang polis, anak polis ataupun ahli keluarga polis yang berkecil hati.
Ambo masih ingat lagi masa Ambo belajar di univesriti dulu. Masa tu nak balik raya. Tak tahu nak parking motor kat mana. Kalau parking kat umah sewa kang, takut dirembat pulak. Parking dalam universiti pun tak selamat juga. Last sekali ada member bagi tahu, boleh parking kat balai polis berhampiran dengan universiti.
Mula-mula Ambo teragak-agak jugak, tapi member bagi tahu, dia pun parking motor kat situ. Jadi Ambo rasa mesti selamat parking kat balai polis. Tak kan penyamun nak mencuri kat balai pulak kan. Ambo pun dengan tiga orang kawan pergilah ke balai polis tu. Sampai dikaunter Ambo pun tanyalah kepada seorang brader polis ni. Ambo cakap kat dia nak tumpang parking motor kat situ.
Brader tu dengan muka kerek cakap kat Ambo, "Kau ingat aku jaga parking ka?" tengking brader polis tu. Ambo pun hangin ler. Ambo cakap dengan dia, kalau tak boleh sekali pun, tak kan tak boleh cakap elok-elok. Ambo tengok muka brader polis tu dah berubah. Mula nak menyinga. Ambo peduli apa kau nak marah ke apa.
Lepas tu boss dia keluar. Nampak yang ni muka baik sikit. Dia tanya apa berlaku. Ambo apa lagi terus mengadu. Lepas tu brader polis tu kena marah dengan dia boss dia. Ambo nampak muka brader tu macam tak puas hati. Tapi Ambo biarkan. Boss dia benarkan Ambo parking kat situ.
Seminggu lepas raya, Ambo datang, Ambo tengok lampu belakang motor Ambo pecah. Ebey tepi pun pecah. Motor pun banyak calar. Ambo dah syak dah, ni mesti kerja malaon tu. Tapi Ambo biarkan dulu.
Allah itu maha kaya, seminggu kemudian Ambo jumpa dengan brader polis tu disebuah kedai makan. Kebetulan brader tu dengan keluarga dia pakai baju biasa. Ambo usha dari jauh. Lepas makan dia blah masuk kereta. Baru dia keluar simpang, Tiba-tiba sebuah lori datang dan langgar sbelah kiri kereta dia. Habis robek kereta proton wira dia. Lori tu pun terbaik. Dia langgar dan terus lari. Polis tu gelabah minta tolong kejar lori tu. Kebetulan dia lari ke arah meja Ambo duduk. Apa lagi,, ni lah masa Ambo nak TIAW polis kerek ni. Dia tak cam Ambo, bila dia nak pinjam motor nak kejar lori tu, Ambo terus cakap, "Motor aku lampu pecah, Ebey pecah, nak kejar tak boleh. Ni kerja polis lahanat,"
Bila dia tengok je Ambo, dia terus blah. Ambo panggil dia, tapi dia buat tak tahu. Buat-buat tak dengar. Tahu ko malu kan. Sebelum ko buat ko tak pikir. Ko jangan ingat ko selamanya hebat dan tidak perlu bantuan orang. Lepas kejadian tu, langsung Ambo tak jumpa dengan brader polis tu lagi. Itulah berhemahnya polis Malaysia...
Sekadar Hiasan |
Kata Ambo:
Bukan semua polis macam tu. Tapi setengah malaun ni je yang hampeh. Sebelum masuk polis semunya baik, dah jadi polis, macam hareeeeeeeeemmmmm... Sory ye abang polis, Ambo mengutuk sikit...!!!
No comments:
Post a Comment