Wira The Red Warrior
Perlawanan semalam di Stadium Likas memang buat Ambo berdebar-debar. Mana tak nya, Ambo risau takut pisang berbuah dua kali. Ambo tak mahu tragedi Piala FA berlaku lagi. Kalau tak mandi Ambo kena kutuk lagi. Hish! Masa mula-mula Mat Yo jaringkan gol pertama separuh masa pertama, Ambo dah berasa lega, tapi lepas tu Ambo tengok permainan Kelantan dah mula down.
Memang Kelantan selalu main macam tu, dah leading, bila ujung-ujung masa dah main safe. Semua pun dah lemau. Tu yang risau. Sabah pulak time tu tengah all out. Bahaya gila! Tapi mujurlah separuh masa pertama tak ada apa-apa yang berlaku.
Masuk separuh masa kedua, Ambo tengok ada perubahan taktik TRW. Time ni Ambo konfiden sikit. Tapi sayang ler, Ramzul dan Izuan semalam tak berapa nak menjadi sangat. Banyak peluang yang dilepaskan. Mungkin mereka kurang pengalaman berbanding Mat Yo. Kalau di depan gol, dua ni memang nampak gelojoh. Tak tenang. Biasalah tu kan. Tapi Ambo percaya, lepas ni jika banyak pendedahan diberikan kepada kedua-dua ni, pasti mereka akan menjadi pemain profesional satu hari nanti. Mereka pun muda lagi. Banyak lagi masa.
Gol kedua TRW memang cantik. Nampak ketenangan masa Mat Yo jaringkan gol. Masa tu Ambo bertempik, sampai terkejut anak Ambo yang duk tido. Tak peduli dah semua tu, janji puas. Masa tu ada ler konfiden sikit. dah 2-0 kan. Saat paling mendebarkan masa, Sabah menjaringkan gol. Masa tu pula Ambo tengok Sabah dan naik sheikh. Alamak, kalau tak disekat, masak ni.
Mat Yo meraikan jaringan gol kedua
Tapi nasib baik masa tu pemain berpengalaman Mat@Aziz dan masuk. Ambo nampak percaturan Datuk M. Karathu memasukkan Mat memang terbaik. Kemasukan Mat memberi impak besar. Dia banyak menyelamatkan keadaan. Ambo makin berdebar-debar. Tunggu bilala nak habis. Bila nampak tambahan masa 4 minit, makin ler berdebar. Tambahan pula dah tahu skuad penyu dah belasah Felda dengan 6-2. Kalau TRW seri semalam, memang juara liga balik ke Terengganu lagi.
Tapi Alhamdulillah, rezeki memihak kepada TRW. Akhirnya TRW dinobatkan sebagai Juara Liga Super 2011. Syabas!
Kata Ambo:
Kita bawa balik Piala Malaysia sekali lagi tahun ni. Gomo Kelate Gomo...!
No comments:
Post a Comment